CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 0

[Kedah] Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim

[Copy link]
Post time 11-11-2023 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
11 November 2023  06:39pm








Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang dalam kawasan hutan digerakkan di Pusat Rekreasi Sedim, Kulim pada Jumaat. - Foto Ihsan JBPM Kedah



ALOR SETAR - Seorang lelaki dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, Kulim, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II, Rahimi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, kira-kira jam 4.25 petang.



Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim- Hitech kemudiannya diarahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi, maklumat awal diterima adalah mangsa dipercayai seorang guru dipercayai telah hilang di kawasan rekreasi terbabit.


"Berdasarkan petunjuk diperolehi, terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di kawasan rekreasi itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau menambah, Pusat Kawalan Bomba (PKB) diaktifkan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan dengan bantuan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan pasukan Multi Skill Team (MUST).



Anggota bomba menggunakan bantuan Unit K9 bagi mencari hilang dalam kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, Kulim pada Jumaat. - Foto Ihsan JBPM Kedah




Rahimi berkata, operasi dilakukan sepasukan lapan anggota BBP Kulim Hi-Rech terbabit turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan.




Menurut beliau, operasi SAR mangsa yang hilang sejak Jumaat diteruskan pada jam 8.30 pagi, Sabtu melibatkan tiga zon.

"Untuk zon 1, operasi SAR itu bermula dari PKB menuju ke puncak Gunung Bintang melibatkan jarak enam kilometer (km), manakala zon 2 pula bermula dari PKB ke kawasan bahagian bawah dengan jarak dua km.

"Bagi zon 3, operasi SAR bermula dari PKB melalui trek pendakian sejauh dua km,"katanya.









Difahamkan, operasi SAR terbabit ditangguhkan jam 5.30 petang, Sabtu berikutan hujan lebat dan akan disambung semula jam 8 pagi Ahad.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041895 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list