CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4798|Reply: 0

Syurga tertinggi buat syuhada Al-Aqsa

[Copy link]
Post time 10-11-2023 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Syurga tertinggi buat syuhada Al-Aqsa

KONSEP mati syahid dalam ajaran Islam boleh difahami dengan mudah oleh seluruh umatnya.



PERANG Tanah Suci Palestin menjangkau tempoh melebihi sebulan dan penentangan dijenamakan Taufan Al-Aqsa ini semakin meruntun hati dan emosi seluruh masyarakat dunia yang berperikemanusiaan. Serangan nekad pejuang Islam Briged Al-Qassam untuk mengembalikan semula kemuliaan tanah kiblat pertama umat Islam itu wajar disokong dan didukung seluruh umat Islam.

Melewati hari ke-30 perjuangan ini telah mensyahidkan 10,022 warga Gaza, puluhan ribu cedera, dan lebih 700,000 hilang tempat kediaman. Namun tiada rasa kesal di dalam hati mereka akibat kehilangan anggota keluarga lantaran amat memahami erti, risiko dan tuntutan perjuangan iaitu pengorbanan. Bagi mereka hanya ada dua pilihan, hidup mulia atau mati syahid di jalan-Nya.

Berbanding saudara seagama kita di Palestin, kita masih mengecapi nikmat terbesar bagi seorang manusia iaitu nikmat keamanan dan hidup dalam tenteram dan sejahtera.

Pastinya, tidak sedikit darah dan keringat para mujahidin yang tertumpah yang terdiri daripada ulama, guru agama, anggota polis, tentera serta orang perseorangan yang bermati-matian mempertahankan dan membebaskan negara daripada cengkaman kuasa luar. Para ulama juga berperanan besar dalam membangkitkan semangat perjuangan dan kepahlawanan dalam usaha menentang penjajahan.

Harga yang mahal iaitu nyawa merupakan mahar bagi perjuangan di jalan-Nya. Kematian di jalan-Nya bukan sesuatu yang sia-sia malah mendapat kedudukan yang amat tinggi disisi-Nya.

Firman Allah SWT: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali Imran ayat 169)

Konsep mati syahid dalam ajaran Islam boleh difahami dengan mudah oleh seluruh umatnya.

Justeru, pelaksanaannya dengan mudah direalisasikan selepas dipasakkan asasnya ke dalam diri setiap pejuang yang berperang di jalan-Nya.

Allah SWT mengarahkan orang beriman supaya bersedia membela agama Islam, mempertahan negara dan berjuang dengan ikhlas dan berani. Allah SWT berfirman dalam Surah at-Taubah ayat 14, "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang yang beriman."

Allah SWT pastinya tidak mensia-siakan mereka yang berjuang kerana-Nya, malah Allah SWT menjanjikan kurniaan pahala berlipat kali ganda sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 95-96, "Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berperang) daripada kalangan orang yang beriman - selain daripada orang yang ada keuzuran - dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (daripada dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tiada keuzuran) dengan pahala besar iaitu darjat kelebihan daripada-Nya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ganjaran mati syahid amat besar dan tidak dapat dihitung oleh manusia. Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 4-6 yang bermaksud: "Dan orang yang berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam syurga dijanjikan dan diterangkan sifatnya kepada mereka."

Secara asasnya, ulama membahagikan mati syahid kepada tiga iaitu, pertama syahid dunia dan akhirat.

Ia bermaksud orang beriman yang berjuang secara ikhlas di jalan Allah SWT untuk mempertahan agama Islam dengan hanya mengharap keredaan Allah SWT semata-mata, lalu mati di medan perang. Mereka tidak dalam keadaan hayah mustaqirrah (masih hidup) sehingga tamat peperangan dengan kaum musyrikin.

Kematian ini dianggap syahid di akhirat kerana mereka mendapat ganjaran syahid di sisi Allah SWT dan dikatakan syahid di dunia kerana mereka tidak perlu dimandikan, tidak dikafankan, tidak disolatkan jenazah mereka malah dikebumikan terus dengan darah dan pakaian mereka.

Ia berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir RA, "Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki daripada mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak al-Qur'an? Dan ketika seorang daripada mereka ditunjuk, baginda mengarahkan diletak di lahad kubur terlebih dahulu. Baginda bersabda, "Saya saksi ke atas mereka." Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan." (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Kedua, syahid dunia iaitu sesiapa yang berperang dan mati di jalan Allah SWT tetapi dalam masa yang sama melakukan perkara menghalangnya daripada syahid (mawani' al-syahadah), antaranya berperang di jalan Allah SWT kerana dia hanya mahukan ghanimah (harta rampasan perang) atau berperang untuk menunjukkan keberanian atau mendapat kedudukan di hadapan manusia atau seumpamanya bagi tujuan kepentingan duniawi. Bagi kategori ini, ia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan jenazah, tidak dimandikan dan dikafankan.

Namun pada masa sama tidak dianggap mati syahid di akhirat, kerana tidak mendapat pahala sebagai syahid yang sempurna dan urusan akhiratnya antara dia dengan Allah SWT.

Ketiga, syahid akhirat iaitu mereka yang tidak mati syahid di medan perang, tetapi golongan disebutkan di dalam hadis Nabi SAW dengan istilah syahid. Antaranya orang yang mati kerana sakit perut, taun, ditimpa bangunan yang runtuh, dan lainnya, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Nabi SAW, "Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah." (Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim)

Manakala hadis diriwayatkan daripada Jabir bin 'Atik bahawa Nabi SAW bersabda, "Orang yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh iaitu korban wabak taun adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, penderita penyakit radang paru-paru adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati ditimpa runtuhan adalah syahid, seorang wanita mati kerana melahirkan anak adalah syahid dan orang yang mati kerana kebakaran adalah syahid." (Riwayat Imam Malik).

Bagi kematian tergolong dalam syahid di akhirat, mereka mendapat ganjaran dan pahala, tetapi ganjarannya berbeza dengan golongan pertama iaitu syahid dunia dan akhirat. Hukumnya adalah sama dengan adat manusia mati biasa, iaitu dimandikan, dikafankan, dan disolatkan jenazah.

Selautan doa dipanjatkan daripada seluruh umat Islam di seluruh dunia buat saudara segama kita di Palestin. Pengorbanan yang sudah diberikan tiada khilaf padanya melainkan ia syahid yang mulia di tingkatan darjat tertinggi disisi Allah SWT.

Berbahagialah wahai ibu-ibuku, bapa-bapaku, saudara-saudaraku dan anak-anak kecilku di Palestin dengan janji benar syurga yang tertinggi daripada Allah SWT yang Maha Pengasih. Perjuangan dan pengorbanan kalian tidak pernah sia-sia, malah semuanya menjadi asas kepada kebangkitan semula Islam yang akan bermula di Tanah Suci Palestin, dengan izin Allah SWT.

Penulis Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (Zawaf) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... uat-syuhada-al-aqsa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list