CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1600|Reply: 0

[Selangor] 30 penduduk dihantui banjir termenung

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sebuah rumah yang masih digenangi banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil semalam.

DENGKIL – Lebih 30 penduduk di Kampung Sri Tanjung, di sini, masih tidak dibenarkan pulang ke rumah selepas kediaman masing-masing masih digenangi air sejak dua hari lalu susulan banjir kilat yang berlaku pada Ahad lalu.

Tinjauan di sekitar kampung itu semalam mendapati, lebih 30 buah rumah masih dinaiki air sehingga paras paha dan sistem perparitan juga dipenuhi air biarpun air sungai semakin surut.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 34, berkata, dia berhasrat untuk membersihkan rumah pagi semalam, namun dinasihatkan supaya kekal di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana bimbang terkena renjatan elektrik.

“Keadaan masih berbahaya selain bimbang diganggu haiwan berbisa yang mungkin bersembunyi di dalam rumah.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menasihatkan penduduk supaya kekal di PPS buat sementara waktu memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ketika ini,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Ahmad memberitahu, dia berharap proses menyedut air keluar dari halaman rumah ke parit air berdekatan berjalan lancar dan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambah sebuah lagi pam sedut air di kampung berkenaan bagi membantu mengurangkan limpahan air dari rumah penduduk.

Proses menyedut air dari halaman rumah penduduk itu bermula sejak kelmarin dengan menggunakan dua buah pam.

Kampung Sri Tanjung, di sini antara lokasi terjejas banjir susulan hujan lebat melanda Dengkil, Bangi dan Semenyih pada Ahad lalu.


Radzi memeriksa peti ais yang ditenggelami banjir di Dengkil semalam.

Seorang pengusaha sewaan kanopi pula terpaksa membatalkan tiga tempahan khemah bagi majlis perkahwinan selepas rumahnya di Kampung Sri Tanjung, di sini masih digenangi air.

Muhamad Radzi Ahmad, 52, berkata, dia sekeluarga akur dengan nasib menimpanya dan banjir kali ini bukan yang pertama kerana kerap berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, ketika hujan lebat Ahad lalu, dia bersama isteri dan tiga anak sudah meramalkan rumah mereka akan dinaiki air.

“Kami hanya sempat menyelamatkan peti ais, televisyen dan mesin basuh ke sebuah pusat tahfiz di sebelah rumah memandangkan air naik begitu cepat.

“Kesemua barangan ­katering seperti khemah, kerusi dan meja yang disimpan dalam stor di depan rumah tidak sempat dialihkan. Kemungkinan sudah rosak,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-banjir-termenung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.203703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list