CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4367|Reply: 14

Pemain Termahal di EPL => cerita Fernando Torres

[Copy link]
Post time 10-2-2011 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Senarai 10 pemain termahal EPL


Tempoh perpindahan pemain bulan Januari untuk EPL telah pun berlalu. Banyak kejutan yang berlaku dalam sesi beli membeli pemain diantara kelab – kelab Liga Inggeris antaranya perpindahan Fernando Torres ke Chelsea dan penghijrahan Andy Carroll dari kelab Newcastle United ke Liverpool. Tetapi apa yang menariknya tentang Torres dan Carroll? penghijrahan mereka berdua telah mencatat rekod baru yuran perpindahan pemain bagi kelab – kelab Inggeris. Yuran perpindahan yang dibayar oleh Chealsea untuk mendapatkan Torres telah mengatasi yuran perpindahan yang dibayar oleh Manchester City untuk mendapatkan Robinho. Begitu juga Andy Carroll, yuran perpindahannya yang berjumlah 35 juta Pounds turut mengatasi yuran perpindahan Robinho.


Berikut adalah senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds

2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pounds

3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds

4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds

5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds

6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds

7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds

8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds

9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds

10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2011 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by zidlan at 10-2-2011 16:04

penyokong liverpool jangan gigit jari yer...
Torres hilang minat

LONDON: Fernando Torres (gambar) mengakui dia meninggalkan Liverpool semata-mata untuk menyertai kelab lebih kecil seperti Chelsea.Bagaimanapun Torres, 26 menegaskan krisis di Anfield menjadikan semuanya gelap dan mengakui dia sudah hilang selera untuk beraksi bersama Reds. “Liverpool sentiasa menjadi pasukan yang istimewa buat saya. Kerana sejarahnya, Liverpool kini sebuah kelab yang begitu besar tetapi sedang melalui zaman sukar.
“Anda datang dan mengharapkan musim yang bagus dengan kelab ini tetapi realitinya, apa yang berlaku begitu perlahan malah mereka meletakkan harapan yang tidak masuk akal pada awal musim ini.
“Saya melalui tiga musim yang cukup istimewa bersama Liverpool tetapi sejak enam bulan lalu saya hilang kegembiraan, impian, keinginan dan kesungguhan untuk mencapai sasaran dan matlamat,” katanya.
Penyokong Kop mula berpaling tadah terhadap bekas idola mereka sejak berpindah ke pasukan Blues dengan bayaran �50 juta (RM244 juta).

Apatah lagi selepas mereka mendengar dakwaan Torres bahawa Chelsea yang tidak sehebat Liverpool dari segi kejuaraan dan sokongan di seluruh dunia, adalah kelab yang lebih besar berbanding Reds.


selamat tinggal liverpool....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:59 PM | Show all posts
petikan dari wiki pula...

Fernando José Torres Sanz (lahir 20 Mac 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk Chelsea F.C. Beliau telah dilahirkan di Fuenlabrada, satu pinggiran bandar besar di selatan Madrid. Pada umur 17, beliau menjadi permain termuda bermain untuk Atlético Madrid dan, dua tahun kemudiannya, menjadi kapten termuda bagi kelab berkenaan.Ibunya merupakan peminat real madrid manakala bapanya adalah peminat atletico madrid.Sewaktu menjaringkan menentang real madrid sewaktu liga juara-juara,torres telah memaparkan nama beliau dihadapan peminat real madrid sebagai "jasa" beliau terhadap musuh lama kelabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 04:07 PM | Show all posts
dia pemain yg bagus...tp skill depan xla begitu mngagumkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 04:20 PM | Show all posts
dia pemain yg bagus...tp skill depan xla begitu mngagumkan
chewan Post at 10-2-2011 16:07



cita-cita dia besar lepas menang piala dunia nak juga jadi lagenda macam zidane.
tapi kelab yang kurang berjaya tidak akan membawa ke mana2.
maklumlah kejuaraan EPL pun tak pernah merasa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 11:19 AM | Show all posts
Daniel Agger has denounced Fernando Torres for showing a lack of "respect" for Liverpool by joining Chelsea but admitted the Merseysiders' dismal start to the season had contributed heavily to the Spaniard's inconsistent form.

The Denmark centre-half has been a key member of the Liverpool side revitalised under Kenny Dalglish, rising to sixth in the table and six points from the fourth Champions League qualification place. The arrival of the £23m Luis Suárez from Ajax and Newcastle's Andy Carroll for a club record £35m could add even more impetus, potentially offsetting the £50m departure of Torres to Stamford Bridge.

The Spaniard's move, triggered by a desire to leave Anfield, frustrated Agger. "It is unacceptable to play for one of Liverpool's arch rivals," he said. "For a Dane, it's about having respect for the club you play at. I am proud to be able to pull on my Liverpool jersey and will never go to another club in England. I would never go to Manchester United or Everton, for example. It's about a form of respect for the club.

http://www.guardian.co.uk/footba ... erpool-daniel-agger

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2011 11:14 AM | Show all posts
kan dah kono siku..kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 11:30 AM | Show all posts
kan dah kono siku..kahkahkahkah
orangdalam Post at 12-2-2011 11:14



    dia poie sobab nak untung kalau tak untung sapo nak poie....


bukan penyokong liverpool...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2011 11:42 AM | Show all posts
dia poie sobab nak untung kalau tak untung sapo nak poie....


bukan penyokong liverpoo ...
zidlan Post at 12-2-2011 11:30


untung poket dio den setuju..untung yg lain...ancoliti pun stau untung nasib dio..kehkehkehkhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 11:44 AM | Show all posts
untung poket dio den setuju..untung yg lain...ancoliti pun stau untung nasib dio..kehkehkehkhe
orangdalam Post at 12-2-2011 11:42



    anceloti sikit ari lagi mau kono pocat ar.... lambek sangat nak monang pialo...


juga bukan pominat chelsea...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 01:56 PM | Show all posts
bnyak pemain yg tamak sebenarnya.selain Torres,Rooney pun akan blah  macam tu gak kalau gaji dia x dinaikkan sampai 200K seminggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply 11# roblucci


rasanya kalau gaji mahal melambung tapi kelab tak pergi ke mana pun bosan juga....
tak pernah menang EPL dah berapa lama. ingatkan kelab ternama boleh menang piala tapi.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:58 PM | Show all posts
betul tu...stakat nak main dan tunjuk skill je nak buet apo...team totap mcm tu jugak..tak naik-naik takdo ponah juaro skali pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 03:12 PM | Show all posts
betul tu...stakat nak main dan tunjuk skill je nak buet apo...team totap mcm tu jugak..tak naik-naik ...
abgrindu28 Post at 13-2-2011 14:58



biarlah dio poie kek chelsea tu kalau dok dokek liverpool takat tu jolah...
redho jo lah penyokong liverpool yor...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:13 PM | Show all posts
mungkin antara sbb Mcmanaman pergi ke Real madrid sbb dah lama kempunan nak dakap piala.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.086395 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list