View: 4638|Reply: 12
|
"Aku Ni Juara Kawad Bersenjata"- Imran Bard Bidas Netizen Petik Nama Masuk PLKN Biar Jadi 'Keras'
[Copy link]
|
|
Sejak semalam, heboh mengenai isu Program Latihan Khidmat Negara fasa baharu (PLKN 3.0) yang akan disasarkan kepada golongan belia antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di tingkatan lima.
Susulan itu, ramai netizen yang mencadangkan nama pempengaruh seperti Imran Bard dan Azfar Heri untuk menyertai program latihan tersebut.
Tidak berdiam diri, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin tampil membidas segelintir netizen yang dilihat tidak berhenti memuat naik hantaran memintanya untuk menyertai PLKN menerusi aplikasi X.
Menurut Imran, dia sama sekali tidak kisah sekiranya namanya dipanggil untuk menyertai PLKN kerana pernah menjadi sebahagian daripada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang memenangi acara kawad kaki bersenjata satu ketika dahulu.
Pempengaruh berusia 22 tahun itu juga tidak bersetuju dengan pendapat wargamaya yang mengatakan mereka akan berubah menjadi lebih ‘keras’ sekiranya menyertai program PLKN tersebut.
"Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni juara kawad bersenjata ye!!
"Setiap tahun pergi camping dan training lembut jugak takdenye keras," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ternyata terkejut dengan ciapan tersebut dan sama sekali tidak menyangka Imran merupakan salah seorang ahli PKBM sebelum ini.
Mereka juga berseloroh dengan mengatakan pempengaruh itu pastinya akan dilantik sebagai ketua platun sekiranya menyertai PLKN nanti.
Sumber: Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sembang jantan habis tu siap2 diorang yg jd pondan bila masuk plkn.hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan dia tak menggayah iols ok lagi, shafiq cute suka sengih tu pun selamba je org komen ingatkan gay kat ig dia bila sejak akhir2 ni dia selalu tunjuk wife ngn anak dia kat ig.
Asal nampak jambu n lembut dan2 la kena tuduh gayah. |
|
|
|
|
|
|
|
sama geng la dengan budak sekolah dulu, kapten KRS negeri kot
tapi dia lembut je, bab kawad memang terer |
|
|
|
|
|
|
|
tu mmg anak bini dia keeee
|
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 8-11-2023 11:33 AM
tu mmg anak bini dia keeee
Ya dia dah kawen dan dah ada baby. Dia senyap2 jela kot masa kawen tak kecoh bitau org.
Dah ada baby ni baru dia tunjuk tu pun still tak tunjuk jelas sgt muka isteri.
Dia tu bkn influencer sepenuh masa, dia kan keje kt makmal forensik.
Jenis org berpelajaran bkn jenis giler socmed semua menda nk share ngn netizen.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok je imran ni..kekadang kelakar jugak..aku suka tgk ig dia sekarang sbb dia masak makanan b40 tapi plating style t20 fine dining gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 8-11-2023 12:37 PM
Ya dia dah kawen dan dah ada baby. Dia senyap2 jela kot masa kawen tak kecoh bitau org.
Dah ada b ...
Ya x sangka syafiq tu bdk pndai. Bagus la sorok privacy n bagus jgk xkecoh masa kahwin. Takut ada betina gila kutuk2 bakal wife ke apa mcm bini izzue kena |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 9-11-2023 02:15 AM
Ya x sangka syafiq tu bdk pndai. Bagus la sorok privacy n bagus jgk xkecoh masa kahwin. Takut ada ...
Netizen mmg melampau sampaikan hal personal org pun depa sibuk nk masuk campur.Dengan sapa pun depa kawen tu hak depa, tak lawa kat mata korang pun gasak la.
Mlm td iols termasuk live imran ni duk masak2, dia kata dah lama dia tak live dan jarang dah nk post apa2 maklumlah tgh ada isu panas.
Salah post nnt kang teruk kena kecam ngn netizen.
Dia live smlm pun sbb ada contest lepak mengopi ngn imran bulan depan.
So nk suh donlod apps apatah kalau nk join contest tu la.
Byk kali dia duk sebut jgn risau bukan starbuck,tak bawak mkn produk yisrael bagai sbb netizen pun bising takut belanja kopi yisrael.
Tp paling iols serabut ngn komen2 netizen indon geram je haku ni nk memaki tak abis2 tanya betul ke org malaysia? Bukan indonesia ke.
Eh knp ckp malay?
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow tak sangka. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak faham celah mana yang kelakarnya mamat ni. Sama la dgn si azfar tu |
|
|
|
|
|
|
|
He’s cute. Aku suka tengok dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|