CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 0

[Kedah] Kantoi bawa barangan dari Thailand tanpa permit import sah

[Copy link]
Post time 31-10-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 31-10-2023 04:46 PM


ANTARA barangan yang dirampas oleh Maqis di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung, Kedah. FOTO Ihsan Maqis

Alor Setar: Cubaan sebuah lori membawa barangan dari Thailand seperti sosej babi, sosej ayam, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain hasilan pertanian tanpa permit import sah mengundang padah apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rabu lalu.

Lori terbabit yang masuk melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung, di sini, ditahan jam 4 petang.

Pengarah Maqis Kedah, HishamAbu Bakar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati sebanyak 240 kilogram (kg) daging babi dan produk hasilan daging yang dianggarkan bernilai sebanyak RM3,000 dirampas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

"Rampasan barangan itu bertujuan mengawal kemasukan produk babi bagi mencegah penyebaran wabak African Swine Fever (ASF) dan juga menangani kemasukan komoditi agro makanan yang bercampur dengan produk yang tidak halal.

"Tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan bagi memastikan keselamatan biosekuriti makanan negara bebas daripada perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-permit-import-sah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.327269 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list