CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 0

[Kedah] Polis cari 'Dato Mohamad'

[Copy link]
Post time 31-10-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Polis cari 'Dato Mohamad'


Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad. FOTO Ihsan PDRM


Alor Setar: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud untuk memperdaya mangsanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad berusia 44 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Citra, di sini.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan terbabit.

"Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati individu terbabit menggunakan gelaran 'Datuk' palsu.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Kota Setar 04-7326999 atau menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Risikan / Operasi BSJK IPD Kota Setar, Inspektor Mohamad Zakuan di talian 012-9428575 atau Inspektor Risikan /Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Inspektor Saltul Supla di talian 017-9743153.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-cari-dato-mohamad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.541398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list