CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video jambatan kedua retak palsu, JKSB buat laporan polis

[Copy link]
Post time 30-10-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Video jambatan kedua retak palsu, JKSB buat laporan polis


BERNAMA



FOTO HIASAN.



Batu Kawan: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini, membuat laporan polis berhubung penularan video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) retak.

JKSB pada kenyataan memaklumkan, laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pengguna aplikasi WhatsApp yang menularkan video terbabit.

"Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

"Sehubungan itu, JKSB meminta kerjasama semua pihak supaya tidak menularkan video berkenaan memandangkan ia adalah maklumat palsu," menurut kenyataan.

Terdahulu, video berdurasi 28 saat tular di media sosial yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan JKSB berikutan struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama.

Hasil semakan turut mendapati, ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014.



Disiarkan pada: Oktober 30, 2023 @ 3:36pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.163253 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list