View: 4058|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Perkataan 'sabar' boleh beri kesan buruk
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1029rssabar_1698564338.jpg)
Setiausaha Pertubuhan Tunas Nuraga Malaysia, Suraiza Sudin ketika ditemui pada Program Tautan Ihsan - Wacana Penggerak Pertolongan Cemas Psikologi di Dewan Warga Emas Jalan Tembikai di sini. FOTO DANIAL SAAD
Bukit Mertajam: Jika seseorang yang berdepan masalah menceritakan situasi menimpanya sehingga menyebabkan tekanan emosi tidak stabil, kebanyakan individu di sekelilingnya hanya meminta untuk bersabar.
Namun, perkataan 'sabar' itu dari sudut psikologi sebenarnya tidak boleh diterima mereka yang dirundung masalah bahkan ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Melihat kepada situasi ini mendorong Pertubuhan Tunas Nuraga Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Seberang Perai Tengah menganjurkan bengkel 'Tautan Ihsan - Psychological First Aider' dalam mendedahkan ilmu yang boleh dipratikkan bagi membantu individu yang berdepan kesihatan mental.
Setiausaha pertubuhan merangkap penyelaras program Suraiza Sudin, berkata program berkenaan bertujuan melatih sukarelawan terutama dalam kalangan belia sebagai Rakan Ihsan yang akan bertindak sebagai Sukarelawan Pertolongan Cemas Psikologi.
Katanya, kesihatan mental sama seperti penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi yang sama terkait dengan pemakanan namun memerlukan cara yang berbeza untuk menanganinya.
"Orang yang mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental ini apabila mereka bercerita situasi, mereka pantang mendengar perkataan sabar yang akan memburukkan lagi situasi.
"Sebab itu, kita memerlukan ilmu untuk membantu mereka mengurangkan tekanan yang dihadapi," katanya ketika ditemui dalam program berkenaan di Pusat Aktiviti Warga Emas di sini, hari ini.
Katanya, antara bantuan yang boleh diberikan adalah mendengar apa yang diluahkan tanpa menentang sebaliknya memberikan cadangan yang diyakini mampu mengubah pemikiran mereka.
"Selain itu, mengajar mereka dengan teknik pernafasan dan amalan pemakanan selain senaman yang boleh meredakan otak mereka berfikir mengenai masalah," katanya.
Dalam pada itu, Suraiza berkata, Malaysia kini sedang mendepani isu kesihatan mental yang membimbangkan yang mana kadar kemurungan dan pelbagai isu berkaitan masalah mental semakin meningkat terutamanya dalam kalangan remaja dan belia
"Justeru, kita berharap program ini adalah untuk melahirkan sukarelawan yang akan membantu mengesan tanda-tanda awal kemurungan dan tekanan mental dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan individu sekeliling," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eh-beri-kesan-buruk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|