View: 397|Reply: 0
|
Piala Dunia Ragbi: England sudah lupakan kecewa
[Copy link]
|
|
ENGLAND memburu penamat terbaik pada kempen Piala Dunia kali ini dengan menyasarkan kemenangan ke atas Argentina pada perlawanan penentuan tempat ketiga. - AFP
PARIS – Jurulatih bahagian serangan skuad ragbi England, Richard Wigglesworth enggan faktor luaran termasuk siasatan mengenai salah laku pemain yang melakukan serangan berbentuk perkauman mengganggu tumpuan mereka untuk memburu kedudukan tempat ketiga.
England akan turun menentang Argentina pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia Ragbi awal pagi Sabtu ini, namun diselubungi kontroversi melibatkan pemainnya, Tom Curry yang dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman terhadap pemain Afrika Selatan, Bongi Mbonambi pada aksi separuh akhir Sabtu lalu.
“Keinginan kami untuk membuat persediaan dan menghabiskan kempen kali ini dengan kedudukan yang baik masih berada di landasan yang tepat.
“Kami bersemangat untuk menunjukkan kemajuan dan hanya kemenangan adalah perkara yang layak kami terima sebelum pulang,” katanya.
Bardasarkan rekod pertemuan, England berjaya menewaskan Argentina pada aksi pembukaan kempen Piala Dunia kali ini, namun pada aksi tersebut mereka kehilangan Curry yang dilayangkan kad merah.
Perlawanan penentuan tempat ketiga itu juga cukup penting buat England ketika beberapa pemain utama seperti Courtney Lawes dan Jonny May bakal membuat penampilan terakhir apabila memutuskan untuk bersara.
Dalam pada itu, seorang pemain Red Rose, Ben Earl mengakui kekalahan pada aksi separuh akhir sudah mereka lupakan dan bermotivasi tinggi untuk turun menentang Los Pumas Sabtu ini serta memburu kemenangan sebagai hadiah buat Lawes dan May. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... dah-lupakan-kecewa/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|