View: 2023|Reply: 3
|
[Perlis]
Pelajar tingkatan dua mati digilis treler simen
[Copy link]
|
|
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Arau: Seorang pelajar tingkatan dua maut digilis sebuah treler simen selepas motosikal dinaikinya terbabas dan melanggar kenderaan berkenaan di Guar Nangka di sini, semalam.
Kemalangan 4.20 petang itu apabila mangsa, Aphisith a/l E Wang, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka menunggang motosikal dipercayai dari arah Panggas menuju ke Kok Klang, Chuping.
Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, dalam masa sama juga, sebuah treler dari arah yang sama juga turut menuju ke Kok Klang.
"Setibanya di simpang tiga Jalan Guar Nangka berhampiran Pusat Koreksional Perlis, treler berkenaan membelok ke kiri menuju ke Kok Klang. Mangsa dipercayai berada di sebelah kiri treler berkenaan gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya berlanggar di bahagian penjuru kiri hadapan treler itu.
"Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok masuk ke bawah treler berkenaan sebelum digilis oleh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Siam, Guar Nangka, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang cuba memotong treler itu di sebelah kiri kenderaan sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut kemalangan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... igilis-treler-simen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar Tingkatan Dua dipercayai melanggar bahagian hadapan lori simen menyebabkannya terjatuh dan digilis.
kredit - BH
|
|
|
|
|
|
|
|
sah sah la budak tak dak lesen.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|