CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 0

Izzatul permata olahraga

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode

IZZATUL bersama Olahragawan MSSM Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: "Saya hendak buktikan belajar di sekolah biasa bukan halangan untuk mewakili negeri atau negara. Paling penting konsisten, jurulatih bagus dan latihan yang baik," kata Izzatul Musfirah yang dinobatkan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023, baru-baru ini.

Dia mencetuskan fenomena dengan meraih lima pingat emas dan memecahkan tiga rekod kejohanan dalam kategori bawah 15 tahun (B-15) perempuan.

Menurut Izzatul yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, dia sememangnya ingin membuktikan kepada orang ramai atlet di sekolah biasa juga boleh melakukannya jika mereka kekal berdisiplin dan terus fokus dalam sesuatu perkara.

Katanya, kejayaan memecah rekod terutama dalam acara 200m bukan sesuatu mengejutkan kerana dia sudah menjangka mampu melakukannya.

Di separuh akhir 200m, Izzatul mencatat masa 24.94 saat (s) sekali gus memadam rekod 20 tahun milik Fauziah Abd Razak dari Perak (25.09s) sebelum memperbaharuinya dengan catatan 24.66s pada final.

"200m acara kegemaran saya dan memang saya meletakkan harapan cukup tinggi dan sasaran peribadi untuk layak ke Olimpik Los Angeles 2028 nanti, "katanya kepada Arena Metro.

Catatan masa Izzatul itu turut memintas rekod MSSM acara 200m perempuan B-18 yang dilakukan Sheeren Samson Vellabouy pada 2015 iaitu 24.89s.

Selepas kejayaan cemerlang di MSSM yang berlangsung di Negeri Sembilan minggu lepas, dia mendapat beberapa tawaran dari Sekolah Sukan Malaysia, jurulatih Sukma dan kebangsaan namun menolak untuk terus kekal bersama jurulatihnya, Khairul Azman Adenan.

Terdahulu, selain 200m, Izzatul Musfirah turut menyertai acara 100m, 200m lari berpagar, 4x100m dan 4x400m wanita. Untuk acara 200m lari berpagar, dia berjaya memecah rekod idolanya, Azreen Nabila Alias dengan catatan 27.43s dan rekod lama 24.94s sementara untuk kuartet 4x400m, Terengganu melakukan catatan 4:03.55s mengatasi rekod lama milik Kuala Lumpur 4:04.03s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ul-permata-olahraga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.464987 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list