CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tak sampai 10 jam, 2 kes ancam, terjun Jambatan Pulau Pinang diterima bomba

[Copy link]
Post time 25-10-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Tak sampai 10 jam, 2 kes ancam, terjun Jambatan Pulau Pinang diterima bomba


Zuhainy Zulkiffli - Oktober 25, 2023 @ 12:01pm [email protected]




Anggota bomba memujuk seorang lelaki yang mengancam mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi. - Foto JBPM




GEORGETOWN: Dalam tempoh kurang 24 jam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima dua lagi panggilan berhubung ancaman terjundari Jambatan Pulau Pinang.

Dalam kejadian kedua di Kilometer 7.4 arah Georgetown, mangsa berusia 26 tahun dari Jalan Lim Khon Huat, terdahulu menaiki motosikal sebelum meninggalkannya di atas jambatan dan kemudian mengancam untuk terjun.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.26 pagi sebelum menghantar pasukan enam anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati seorang lelaki mengancam mahu terjun dari jambatan. Pasukan penyelamat dibantu polis memujuk mangsa dan memberi nasihat. Pada mulanya, lelaki itu tetap berdiri di tebing jambatan sambil memandang ke arah laut dan enggan beri kerjasama.

"Pasukan ambil masa 20 minit memujuk lelaki itu yang kemudian dibawa ke tempat selamat sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. Dia dipercayai kemurungan, percakapan juga kurang jelas.

"Ketika ditanya, dia hanya njawab 'saya tak salah, ada CCTV (kamera litar tertutup) di rumah' berulang kali," katanya ketika dihubungi hari ini, sambil memaklumkna operasi ditamatkan jam 5.02 pagi.

Terdahulu dalam kejadian pertama jam 6.30 petang semalam, remaja perempuan berusia 15 tahun berjaya diselamatkan nelayan selepas terjun dari jambatan berkenaan.

Remaja terbabit sebelum itu mengadu pening dan mahu muntah sebelum meminta pemandu e-hailing memberhentikan kereta, namun kemudian bertindak terjun dari jambatan.

Bomba menerima maklumat pada jam 7.10 petang mengenai kejadian di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala ke Georgetown itu.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:04 PM | Show all posts
jambatan ni, kes terjun berleluasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043801 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list