|
Penyanyi, Melly Goeslow tampil memberikan sokongan dengan memberikan sumbangan derma wang tunai bagi meringankan beban dan penderitaan ditanggung rakyat Palestin saat ini.
Pemilik nama sebenar, Melliana Cessy Goeslaw, 49, berkata insiatif yang dibuat ini bagi meringankan penderitaan rakyat negara berkenaan.
Justeru itu, Melly melakukan pengumpulan dana dengan menjual barangan peribadi miliknya.
Difahamkan hasil jualan barangan tersebut akan disalurkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Abu Muslim yang kini berada di Gaza.
Jualan amal itu dibuat selama beberapa jam sahaja dan berjaya mengumpul sebanyak RM226,000.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial itu, Melly Goeslaw mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada rakyat Palestin dengan membeli barangan peribadi miliknya.
Sementara itu, Melly juga menjelaskan bahawa aktiviti penjualan barangan peribadinya itu akan dihentikan seketika kerana kesibukan kerja di Jogjakarta.
"Kebeteluan saya masih lagi shooting di Jogjakarta jadi untuk untuk preloved saat ini belum bisa," tulisnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|