CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1242|Reply: 0

[Perak] Risiko bau busuk, lalat: Penduduk bantah pembinaan ladang ayam

[Copy link]
Post time 24-10-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK mengadakan perhimpunan membantah cadangan pembinaan ladang ayam di Kampung Tanjung Sari di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN




PASIR SALAK: Kira-kira 150 penduduk di Kampung Tanjung Sari di sini membantah cada­ngan pembinaan ladang ayam berdekatan dengan kampung mereka.

Wakil penduduk, Lina A. Basir berkata, mereka membantah ladang ayam itu bagi mengelak masalah yang mungkin timbul terutama bau busuk dan lalat.

Menurutnya, apatah lagi kedudukan ladang ayam tersebut terletak berhampiran de­ngan rumah penduduk iaitu kira-kira 100 meter selain terdapat sekolah agama rakyat, masjid dan rumah penduduk warga emas.

“Penduduk membantah cadangan pembinaan ladang ayam dekat kampung kami kerana ia boleh menyebabkan pencemaran bau dan kehadiran lalat yang akan mengganggu kehidupan kami selain bimbang kesihatan kami terjejas.

“Jika bau busuk dan banyak lalat, bagaimana kami hendak menjalankan rutin harian, ini juga akan menyebabkan murid di sekolah agama tidak dapat fokus masa belajar.

“Kami memang menyokong jika ada pengusaha yang mahu menjalankan industri ternakan tetapi cadangan lokasinya tidak sesuai kerana terletak dekat dengan kampung penduduk di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Imam masjid kampung tersebut, Mohd. Shafie Sanusi berkata, pengusaha ladang ayam terlibat harus memikirkan kesan pembinaan ladang yang terlalu dekat dengan penempatan penduduk yang akan menimbulkan masalah.

Katanya, selain pencemaran bau dan lalat, mereka juga bimbang risiko pencemaran air sungai berdekatan jika berlaku banjir.

“Penduduk sini hampir 500 orang, kami sudah menandatangani petisyen bantahan cadangan membina ladang ayam ini yang terlalu hampir dengan penempatan kami.

“Tapak ladang itu memang tanah persendirian tetapi mereka perlu memikirkan masalah yang mungkin timbul kerana ia dekat dengan rumah penduduk,” katanya.

Penduduk, Jawiah Yosup, 77, berkata, pembinaan ladang ayam itu akan menambahkan lagi masalah kepada penduduk selepas kampung itu kerap dilanda banjir.

“Sebagai orang tua, kebimbangan saya ialah pencemaran bau dan mungkin lalat lebih banyak. Rumah saya tak jauh daripada tapak yang dicadang­kan untuk bina ladang ayam tersebut, jika dibina, saya antara penduduk yang paling terkesan.

“Jadi saya merayu carilah tapak lain untuk bina ladang ayam, bukan dekat dengan rumah penduduk,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... binaan-ladang-ayam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.040746 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list