|
Sinopsis Filem Ratu The Movie
Filem Ratu The Movie memaparkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’. Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk keperingkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.
Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘PesonaRatu’ ke lokasi rahsia. Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil. Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki.
Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini. Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap seorang daripada mereka. Seorang demi seorang mula hilang dan mereka semakin cemas mencari jalan keluar.
Hanya yang bertahan mampu meneruskan hidup mereka di pulau itu. Seramai 10 pelakon baru (Bkay Nair, NurEina, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Shazlin, Jazzy, Tasha) diperkenalkan menerusi Ratu The Movie. Mereka ini dicungkil bakatnya menerusi ujibakat yang telah dilakukan oleh Line Clear Motion Pictures sebelum penggambaran filem ini dibuat.
Mereka diuji sama seperti mana program realiti lain mencari peserta yang benar-benar layak. Filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yasmin Hani selain penampilan khas Yusry KRU dan 2 pelakon muda yang semakin menjadi kegilaan remaja, Khairi Azlee dan Farid Wari.
Akan menjengah ke pawagam pada 17 Mac 2011, Ratu The Movie telah pun memulakan kempen promosinya dengan jelajahan 10 Ratu ini ke seluruh pelusuk Malaysia termasuk perancangan ke Sabah dan Sarawak.
Kunjungan mereka ke pusat membeli belah dan pawagam terpilih selain dapat membantu memperkenalkan mereka kepada umum, mereka turut memperlihatkan bakat mereka dengan persembahan tarian yang telah dilatih oleh kareografer profesional dan sesi soal jawab kuiz yang menawarkan hadiah-hadiah tajaan kepada orang ramai.
Tayangan amal juga telah dibuat di beberapa kolej dan universiti terpilih dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Filem yang bergenre realiti penggambaran ini pastinya dapat memberikan pengalaman baru kepada pengemar filem melayu yang sentiasa mengharapkan kelainan pada setiap filem baru yang ditayangkan di pawagam.
Berbekalkan elemen program realiti ini, filem Ratu The Movie bukan saja menarik dari segi konsep penceritaan yang digarap kemas oleh pengarahnya tetapi mampu memberikan satu lagi kemajuan dalam penghasilan sebuah filem yang berkualiti dalam industri perfileman di Malaysia.
KEDIT:OHBULAN.....
filem from anak mohaiden again.............
out of my list! |
|
|
|
|
|
|
|
entah sapa yg berminat nak tgk pun ak x tau la sapa....
sejak david teo buang die, ak tgk makin maju metrowealth.
ni kompeni bodo mane la yg taja movie die nih... |
|
|
|
|
|
|
|
baca sinopsis pun boring...
plis lah,dr labur buat filem nan hado ni baik tiru je filem mcm kat hollywood ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp jer Prof tp bikin filem failed..mmg sengal.. |
|
|
|
|
|
|
|
blom tngok lagik nk kate failed!!! |
|
|
|
|
|
|
|
filem neh sinopsisnya agak menarik , yang tak menarik pengarahnya |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu tayang kat tv jerk..
kalau nak tgk kat panggung.. kim salam... |
|
|
|
|
|
|
|
aritu promo kat mahkota parade ..orang tak berapa nak pandang pun..ada laa juga hubby aku snap gambo 4 org yg aku tak tau sape namanya..nnt klu rajin aku tepek muka derang..Ada sorang muka mirip Fasha Sandha..klu perangai molek insyallah mereka ni boleh popular ..kira heroin stok baru ler ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka ada mirip pasah sikit...heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita sampah dari pengarah sampah dan hanya sampah yang akan tengok filem sampah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
no komen. apa kata tengok dulu |
|
|
|
|
|
|
|
cerita sampah dari pengarah sampah dan hanya sampah yang akan tengok filem sampah ni..
Rajawali Post at 2-2-2011 01:25 PM
i LIKEEEEEEEEEE |
|
|
|
|
|
|
|
blom tngok lagik nk kate failed!!!
CahayaAina Post at 1-2-2011 16:04
hmm... aku paling pantang kalau orang tak tengok lagi dah cakap failed.
tapi dah terlalu banyak kerosakan yg dibuat oleh razak. so no chance. |
|
|
|
|
|
|
|
filem neh sinopsisnya agak menarik , yang tak menarik pengarahnya
Jesica Post at 2-2-2011 07:50
kalau citer oversea pun sinopsisnya simple je. kalau macam kes filem ni... kalau cerdik n professional... emosi, karakter, setiap satu awek tu pun dah boleh kasik komplex. Injek suspens sikit... tapi boleh harap je la. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak nonton filem ni kat panggung................. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan cerita sampah.
aku rs x de sapa nak tau kisah org masuk program realiti tersadai kat pantai.
mula2 aku ingt silver chung punya filem.
rupa2nya prof punya filem.
aku rs org yg x de taste je yg suka layan cerita2 prof ni kat panggung.
filem standard darama swasta jerk.
huhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|