View: 6067|Reply: 0
|
Kenaikan pegawai kanan polis sudah lepasi tapisan tatatertib
[Copy link]
|
|
AZRI, gambar fail. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Semua pegawai kanan polis yang diumumkan kenaikan pangkat daripada Penolong Penguasa Polis (ASP) kepada Timbalan Penguasa Polis (DSP) melepasi tapisan tatatertib.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tidak timbul isu beberapa pegawai yang dalam siasatan dinaikkan pangkat.
"Dakwaan berhubung perkara itu tidak benar, mereka ini sudah disiasat pihak JIPS dan kes sudah selesai kerana dapat membuktikan sumber kewangan.
"Contohnya seperti dakwaan pegawai kanan ditahan bersama wang RM46,000, dia sudah membuktikan wang itu dari mana iaitu dari sumber yang betul," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pegawai yang dapat membuktikan sumber kewangan mereka akan dibawa kepada Ketua Polis Negara terlebih dahulu untuk dibentangkan.
"Jika segala-galanya mempunyai bukti, kes akan selesai dan tiada tindakan lanjut (NFA) diambil.
"Jadi tapisan tatatertib perlu dilalui oleh mana-mana pegawai sebelum dinaikkan ke pangkat lebih tinggi," katanya.
Sebelum ini, pengendali saluran media sosial, Edisi Siasat menuduh pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat pegawai yang tidak layak.
Pengendali itu turut mendakwa ada pegawai dengan masalah disiplin dan sedang disiasat oleh JIPS dinaikkan pangkat kerana mereka mempunyai 'kabel yang kuat'.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tapisan-tatatertib |
|
|
|
|
|
|
| |
|