CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 0

Papu Gomez digantung dua tahun

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Papu Gomez digantung dua tahun



GOMEZ bintang Piala Dunia Argentina.


London: Pemenang Piala Dunia bersama Argentina, Papu Gomez digantung dua tahun selepas gagal ujian doping, menurut laporan hari ini.

Hukuman itu dikenakan selepas keputusan ujian positif pada November 2022, beberapa hari sebelum Piala Dunia berlangsung.

Laporan media Sepanyol, Revelo yang disahkan akhbar Itali Gazzetta, menjelaskan ujian itu dijalankan oleh doktor ketika sesi latihan Sevilla.

Gomez, 35, mendakwa dia berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan dia mengambil ubat sirap anaknya tanpa merujuk doktor kelab.

Monza dan Uefa sudah pun dihubungi untuk mendapatkan komen. Pemain itu dan dan bekas kelabnya Sevilla menyedari perkara itu untuk tempoh beberapa bulan.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan yang dilaporkan secara meluas di Sepanyol dan Itali itu tidak disahkan sehingga minggu ini.

Gomez yang beraksi ketika Argentina menentang Arab Saudi dan Australia di Piala Dunia menyaksikan kontraknya ditamatkan Sevilla pada September selepas dua tahun bersama kelab itu.

Tiga minggu lalu dia menandatangani kontrak dengan kelab Itali, Monza.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... digantung-dua-tahun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.412105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list