CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 752|Reply: 0

Benzema pertimbang ambil tindakan selepas dituduh bersubahat

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Benzema pertimbang ambil tindakan selepas dituduh bersubahat



BENZEMA nyatakan sokongan kepada Palestin. FOTO AFP


Madrid: "Budak nakal" dalam bola sepak Perancis, Karim Benzema mengancam untuk mengheret Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin ke mahkamah selepas menuduhnya mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin.

Menteri itu bertindak balas terhadap kenyataan yang dibuat oleh Benzema di X, sebelum ini di Twitter, di mana beliau mendoakan rakyat Gaza yang menjadi "mangsa pengeboman dalam serangan yang tidak adil yang turut mengorbankan wanita dan kanak-kanak".

Menyedari kegagalannya untuk menyatakan simpati yang sama kepada kira-kira 1,400 mangsa Israel Hamas, Darmanin berkata bekas penyerang Perancis itu "terkenal kerana hubungannya dengan Ikhwanul Muslimin".

"Kami memerangi hydra iaitu Ikhwanul Muslimin, kerana ia mewujudkan suasana jihadisme," katanya kepada saluran berita sayap kanan CNews.

Pemain bola sepak itu, yang kini tinggal di Arab Saudi dan bermain dalam Liga Pro Saudi, memberi kuasa kepada peguam Parisnya untuk mengeluarkan penafian dan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Darmanin kerana mengeluarkan fitnah.

"Karim Benzema tidak pernah mempunyai hubungan dengan organisasi ini," kata Hugues Vigier.

"Berdoa untuk penduduk awam yang hidup dengan bom bukanlah propaganda untuk Hamas, mahupun keterlibatan dalam keganasan, mahupun tindakan kerjasama.

"Ia adalah sifat belas kasihan dalam menghadapi apa yang ramai katakan ia sebagai jenayah perang dan sama sekali tidak menyatakan sokongan terhadap tindakan pengganas (Hamas) yang dilakukan pada 7 Oktober," katanya.

Beliau berkata, Karim Benzema juga sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap timbalan kanan Nadine Morano, yang menyifatkan beliau sebagai "elemen propaganda untuk Hamas".

Bercakap selepas itu di BFMTV, menteri dalam negeri itu berkata beliau hanya akan menarik balik komennya jika pemain bola sepak itu mengeluarkan satu lagi tweet yang merungut pembunuhan seorang guru sekolah di Arras oleh ahli Islam pada Jumaat lalu.

"Ikhwan (Muslim) adalah licik. Ia menggunakan semua cara yang ada dalam masyarakat kita untuk menyampaikan mesej Islam yang ketat. Jadi berhenti menjadi naif!"

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dituduh-bersubahat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042119 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list