CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 0

Keberkatan & kebaikan daripada mensyukuri nikmat

[Copy link]
Post time 21-10-2023 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Keberkatan & kebaikan daripada mensyukuri nikmat




KESYUKURAN terhadap nikmat Allah SWT dizahirkan dengan melakukan amal kebaikan.


Kemakmuran Malaysia tercinta adalah kurniaan terindah buat seluruh rakyat Malaysia. Diberikan Allah SWT kepada kita anugerah bumi yang subur dengan tanaman, hasil galian, keindahan muka bumi di samping kepemimpinan yang baik dan adil buat rakyat.

Kesemua anugerah Allah SWT adalah kurniaan untuk manusia bertujuan supaya manusia sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang diberikan Allah kepada manusia. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahan-Nya dan kasih sayang-Nya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran)." (Surah  Ar-Rum 30:23)

Jika ditelusuri keadaan umat Islam di luar sana yang diuji dengan pelbagai ujian yang berat dan sukar seperti bencana alam, kekurangan makanan, kemelesetan ekonomi, penindasan, peperangan dan lain-lain lagi sudah tentu negara Malaysia masih mampu bertahan dan mendapat nikmat besar anugerah Allah SWT buat hamba-Nya.

Kemakmuran negara yang dikecapi kini membolehkan kita mendapat manfaat yang besar dan mampu mengenali hakikat sebenar tujuan mengapa nikmat ini masih kekal dinikmati. Hal ini supaya manusia sentiasa menghargai kurniaan tersebut. Justeru manusia harus sedar dan insaf bahawa semua anugerah ini milik Allah SWT sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaan-Nya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya." (Surah  Ar-Rum 30:26)

Manusia perlu sedar apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman bersifat sementara manakala manfaat yang diperolehi menjadikan  insan perlu bersikap adil terhadap diri sendiri dengan tidak menyalahkan pinjaman dan anugerah Allah SWT buat kita. Kebaikan yang diberi dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin tanpa menjadikan ia rosak, binasa dan musnah disebabkan kejahilan dan sifat rakus segelintir manusia yang tamak haloba.

Hal ini ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka daripada azab."  (Surah  Ar-Rum 30:29)

Untuk itu, setiap insan perlu berusaha mendalami ilmu pengetahuan yang luas bagi meneroka hakikat anugerah terindah Allah SWT buat manusia demi memastikan kemakmuran Malaysia kekal terpelihara aman damai dan subur mewangi dengan haruman terindah melalui kerangka ilmu, iman dan amalulillah (beramal kerana Allah SWT).

Kepemimpinan yang adil dan bijak juga adalah sebahagian anugerah Allah SWT buat rakyat Malaysia. Segala usaha baik dan adil melalui dasar dan pelaksanaan untuk membantu rakyat merupakan nikmat Allah SWT buat hamba-Nya agar senantiasa menghargai dan mensyukuri pemberian tersebut.

Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling dicintai Allah pada Hari Kiamat dan memperoleh kedudukan dekat dengan-Nya adalah pemimpin yang adil. Orang yang paling dimurkai oleh Allah pada Hari Kiamat dan mendapat tempat paling jauh daripada-Nya ialah pemimpin yang zalim."  (Riwayat Tirmidzi)

Justeru (karamah) kemuliaan bagi setiap pemimpin yang adil menjadikan ia mulia dan dekat di sisi Allah SWT ketimbang pemimpin yang zalim. Oleh itu, menghargai pemimpin yang adil perlu sentiasa hadir dalam jiwa setiap Mukmin dan sudah pasti seluruh rakyat yang berfikiran waras pasti sedar anugerah Allah SWT bagi pemimpin yang adil untuk rakyat perlu sentiasa dihargai kerana kedudukan mereka yang mulia di sisi Allah SWT pada Hari Akhirat di samping kebaikan yang besar yang telah dilakukan.

Karamah insaniah (kemuliaan diri yang dimiliki) telah berjaya membina maslahat umum dengan menjadikan Malaysia sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada-Nya. Semoga hal ini menjadikan kita sentiasa terdidik dengan akhlak Muslim yang baik seterusnya menghargai segala yang ada menjadi asbab untuk kita mendapat kurniaan lebih baik pada masa hadapan. Keberkatan dan kebaikan pasti hadir dengan sikap menghargai, mensyukuri dan mengadili dengan jujur serta ikhlas.

Penulis Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... a-mensyukuri-nikmat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.197733 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list