CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1116|Reply: 0

Salahuddin al-Ayyubi penyemarak semangat juang!

[Copy link]
Post time 21-10-2023 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Salahuddin al-Ayyubi penyemarak semangat juang!


Nadir al-Nuri


Minggu lalu, penulis berkesempatan menemu bual seorang aktivis kemanusiaan yang begitu dekat dengan perjuangan di Gaza, Palestin.

  Figura ini tidak lain adalah Nadir al-Nuri. Beliau banyak memberi penerangan tentang apa yang berlaku di Semenanjung Gaza pada hari ini tanpa jemu, malah tidak pernah lelah untuk terus menuturkan tentang perihal saudara Islam kita di sana.

  Pastinya, apa yang berlaku terhadap penduduk di Gaza bukan saja ujian untuk mereka, namun ujian besar untuk umat Islam keseluruhannya dan persoalan yang wajar ditanya oleh kita adalah apakah sudah cukup ikhtiar serta perjuangan kita membebaskan Palestin daripada dijajah.

  Menyentuh sedikit tentang temubual penulis dengan saudara Nadir, beliau menyampaikan 'wasiatnya' seandai satu hari nanti beliau sudah tiada dan antara pesanannya adalah setiap pemuda di negara ini perlu lebih jitu semangat juangnya untuk Palestin sehingga terbebas negara itu daripada cengkaman rejim Zionis, Insya-Allah.

  Tatkala menyebut tentang perjuangan Palestin, kita seharusnya mencontohi semangat perjuangan panglima Islam tersohor, Salahuddin al-Ayyubi dalam membebaskan kota Baitulmaqdis pada abad ke-12.

  Sisi keunggulan tokoh Islam yang sering didengar adalah kerana sifat warak, zuhud dan tawakal dalam perjuangan, namun Salahuddin adalah seorang tokoh atau pemimpin yang dinamik serta berpandangan jauh.

  Dalam beberapa analisis cendekiawan Islam membangkitkan bahawa Salahuddin tidak mungkin berjaya menang menawan kota Baitulmaqdis hanya dengan keupayaan serta strategi tentera saja, namun Salahuddin sangat bijak melihat kelemahan musuh daripada semua aspek seperti ekonomi, diplomatik, geopolitik dan tentera.

  Salahuddin berjaya menggabungkan semua aspek berkenaan untuk melemahkan musuh dan baru menggunakan keupayaan ketenteraan untuk pembebasan penuh.

  Al-Masjid Al-Aqsa adalah kiblat para Nabi dan kiblat terawal umat Islam. Ia juga adalah salah satu masjid yang sangat digalakkan oleh Nabi SAW untuk diziarahi dan menunaikan solat di situ.

  Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh bermusafir melainkan menuju ke tiga buah masjid. Masjid Al-Haram (Mekah), Al-Masjid Al-Aqsa dan masjid saya ini (Masjid Nabawi)."

  Isu Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa bukan isu untuk rakyat palestin sahaja. Ia bukan semata-mata isu individu.

  Ia adalah isu yang membabitkan umat Islam keseluruhannya. Isu yang berlaku kepada Palestin dan Al-Masjid Al-Aqsa khususnya tidak boleh dipandang remeh. Memandangkan ia adalah kawasan suci ketiga bagi umat Islam, ia perlu diberikan perhatian khusus.

  Kelalaian umat Islam terhadap isu yang berlaku di Palestin akan menyebabkan musuh mudah untuk menguasainya. Pihak-pihak yang cuba mencemarkan kesuciannya wajib untuk dikecam dan diambil tindakan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... arak-semangat-juang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list