CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2941|Reply: 0

[Pulau Pinang] 16 nelayan Indonesia tanpa dokumen ditahan

[Copy link]
Post time 20-10-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode
16 nelayan Indonesia tanpa dokumen ditahan

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
  20 Oktober 2023    02:09pm






Antara nelayan asing yang ditahan dalam tiga tangkapan pada Rabu dan Khamis lalu.



GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan 16 nelayan warga Indonesia dalam tiga tangkapan berasingan pada Rabu dan Khamis lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, pada Rabu, Kapal Maritim (KM) Burau telah menahan sebuah buah bot nelayan asing di 42 batu nautika barat Pulau Kendi.



Menurutnya, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menahan lima nelayan Indonesia termasuk tekong yang mengendalikan bot berkenaan.

"Kita turut menahan dua buah bot nelayan asing di kedudukan 42 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada pagi Khamis. Kedua-dua bot dari Indonesia itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut ketika berada di perairan negara.


"Hasil pemeriksaan awal pada bot pertama mendapati lima nelayan termasuk tekong berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.

"Sementara pada bot kedua pula, terdapat enam orang termasuk tekong berusia antara 27 hingga 41 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Ketiga-tiga bot nelayan asing itu juga didapati memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan.





"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit yang sah," katanya.

Tambah beliau, kesemua 16 nelayan warga asing itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.419427 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list