View: 481|Reply: 0
|
Messi enggan beraksi secara pinjaman
[Copy link]
|
|
Lionel Messi menyaksikan babak pertama perlawanan antara Inter Miami dengan Charlotte FC dalam MLS di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale, Amerika Syarikat sebentar tadi. – Foto AFP
FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Melahirkan hasrat untuk bercuti di kampung halaman bersama keluarga, bintang Inter Miami, Lionel Messi mengesahkan laporan awal menyatakan dia tidak akan beraksi secara pinjaman di kelab luar negara pada musim sejuk akan datang.
Ia tahun yang sibuk buat Messi, yang memulakan musim terakhir di Paris Saint-Germain pada Ogos 2022 dan membantu kelab itu menjuarai Ligue 1 sebelum bercuti dua bulan dan kemudian tiba di Amerika Syarikat bagi penampilan sulung dalam MLS pada Ogos lalu.
Messi menyumbat satu gol dan dua umpanan gol dalam lima perlawanan MLS sejak menyertai Miami. Dalam 13 perlawanan bagi semua pertandingan buat kelab itu, Messi mengumpul 11 gol dan lapan umpanan gol.
Khabar angin menyatakan Messi mungkin menuju ke Liga Pro Saudi pada musim sejuk ini atau berpotensi kembali ke bekas kelabnya FC Barcelona.
"Saya akan berlatih, saya akan bermain aksi kami berikutnya dan saya akan cuba untuk berada di sini (pasukan kebangsaan) dalam keadaan terbaik bagi November," kata Messi selepas Argentina menewaskan Peru 2-0 pagi semalam.
"Selepas itu, saya akan menikmati percutian di Argentina. Ia kali pertama saya akan bercuti lebih lama pada Disember dengan perasaan tenang bersama keluarga."
Penyandang juara Piala Dunia, Argentina mempunyai dua perlawanan kelayakan menentang Uruguay dan Brazil bulan depan.
Sekiranya Inter Miami layak ke playoff, Messi mungkin berdepan jadual lebih padat jika kelab itu mampu melayakkan diri ke final Piala MLS.
"Ia memalukan," kata Messi mengenai kegagalan Miami layak ke playoff di sebalik usaha terbaiknya.
"Kami hampir melakukannya. Saya terlepas beberapa perlawanan terakhir. Kami mempunyai beberapa kecederaan. Bulan Julai paling sukar buat kami. Kami bermain setiap tiga hari, kami berkunjung ke tempat lawan. Tetapi kami memenangi satu kejohanan, yang penting buat kelab dan apa yang akan dihadapi tahun depan." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ksi-secara-pinjaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|