"Homecoming" is about three stories of three different individuals going home for Chinese New Year. A major highlight of the movie is that Jack Neo, who will be cross-dressing on the big screen again after eleven years since "Liang Po Po The Movie" back in 1999. He will be playing mother to Ah Niu's character. It is said that he was told to lose at least 5kg for his role. Jack Neo long time collaborator Mark Lee and Malaysian multi-talented writer-director-comedian Afdlin Shauki are among the cast.
terbaca review filem ni dlm Utusan or BH smlm...berminat nak tgk sbb ada Afdlin Shauki...furthermore saya minat jgk si Ah Niu & Mark Lee tu...
mmg kelakar gila...tp dlm kelakar tu ada jgk part yg touching...recommended...!
ok...dah jumpe review tu...dlm Berita Harian sebenarnye...
Nostalgia Balik Kampung
Oleh Hanisah Selamat
'Homecoming' papar nostalgia perantau bertemu keluarga pada musim perayaan
TEMANYA mudah - makan besar sempena Tahun Baru Cina yang menjadi saat dinantikan kerana menghimpunkan seluruh ahli keluarga, tetapi seiring peredaran masa, segelintir golongan muda menganggap adat diwarisi generasi turun temurun itu hanya amalan biasa.
Menerusi filem usaha sama Malaysia dan Singapura, Homecoming adalah simbolik di sebalik perhimpunan keluarga yang dikupas teliti oleh dua penulis skripnya, Adrian Tan dan Philip Lim.
Sarat elemen jenaka dan air mata, filem sentuhan sutradara kelahiran Pulau Pinang yang menempa nama di Singapura, Lee Thean-Jeen menonjolkan tiga plot berbeza tetapi punya kisah hampir serupa iaitu gelagat insan yang tidak sabar bertemu insan tersayang pada hari istimewa itu.
Istimewanya, filem itu menyatukan dua bintang komedi yang sama popular dan punya repertoire kukuh di arena pengarahan serta lakonan iaitu Jack Neo dari Singapura manakala Malaysia diwakili Afdlin Shauki, yang masing-masing punya aura tersendiri.
Menerusi filem ini, Jack Neo membawakan watak ibu bernama Karen yang menjadi tumpuan utama pengkisahan apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dari Singapura bersama anak lelakinya (A Niu) untuk ‘makan besar’ dengan seisi keluarganya di Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan menaiki bas itu bermulalah peristiwa melucukan termasuk pertembungan dengan watak lain yang juga punya cerita tersendiri seperti pemandu teksi bernama Zool lakonan Afdlin selain Mindy (Koe Yeet), gadis yang meninggalkan bapanya Chef Daniel (Mark Lee) untuk bertemu ibu.
Jack yang popular dengan filem box office, I’m Not Stupid menyifatkan kerjasama itu meninggalkan kenangan manis kepada seluruh produksi Homecoming sekali gus wajar ditonton kerana menonjolkan senario biasa yang dihadapi semua insan setiap kali menjelang perayaan.
“Homecoming mencerminkan mesej menyeluruh mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan dengan menjadikan situasi sebuah keluarga sebagai simbolik kepada kekuatan akar umbi sebuah generasi menerusi kisah yang begitu dekat di hati kita.
“Paling mencuit hati tentu saja situasi berebut tiket pulang ke kampung dan ketika dalam perjalanan pula menghadapi masalah bas rosak selain bermacam lagi Cabaran dihadapi pasangan anak muda yang terpaksa menaiki bas untuk balik kampung dan berdepan pula masalah lain sepanjang perjalanan itu, sememangnya kenangan pahit yang akhirnya berubah manis apabila dikenang semula,” katanya
Dia berkata demikian pada sesi sidang media bersama barisan pelakon yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur, sehari sebelum filem yang ditayangkan di Malaysia iaitu pada 19 Januari lalu manakala di Singapura bermula 3 Februari depan.
Dalam lucu ada hibanya
MENURUT Afdlin, kisah yang dimuatkan dalam Homecoming itu sarat dengan mesej kekeluargaan biarpun dipenuhi dialog lucu yang dilontarkan secara bersahaja.
Katanya, terdapat adegan menghibakan terutama pada saat Mindy tiba di rumah ibu yang sudah lama tidak ditemui, wanita itu dilihat bahagia bersama keluarga baru.
“Inilah keunikan Homecoming apabila ia digarap sebaik mungkin tanpa mengenepikan nilai kasih sayang sesama insan malah kekilafan seorang ayah yang sibuk menyediakan hidangan untuk pelanggan setiap kali malam tahun baru hingga melupakan anak sendiri juga antara babak mencuit hati.
“Sebagai Zool, saya melihat watak ini mewakili kelembutan hati seorang insan yang sanggup membantu individu lain yang awalnya turut menimbulkan amarahnya, tetapi dia yang berdebar menanti kelahiran bayi sulung sedia menghulur khidmat malah turut meminjamkan teksi kepada orang yang baru dikenal,” katanya lagi.
Thean-Jeen pula berharap filem terbitan jTeam Productions, Homerun dan kerjasama produksi tempatan, Double Vision itu mendapat maklum balas memberangsangkan melihatkan kekuatan kekuatan barisan pelakon, plot kisah dan pengisian yang tidak bersandarkan cerita kosong.
Bagi mereka yang mahu mengikuti Homecoming, pastinya anda tidak pulang hampa dan keluar pawagam dengan tawa yang masih berbaki kerana filem ini sememangnya cukup kemas pengolahannya malah jangan terkejut jika anda menangis dan tertawa dalam satu masa.
aku dah tengok masa FTD aritu..dalam panggung ada dlm 10 org je
masa memula beli tiket budak counter tu cakap aku 2 org je dlm panggung..cuak le gak tak pepenah aku tgk wayang 2 org je..selain aku, yg lelain sume cina
komen aku - selain jgn pandang belakang congkak 2..cite ni juga mampu membuatkan aku ketawa all the way sampai habis cite...kelakar sangat! berbaloi uols
bg sape2 yg dah tgk citer ni...geli tak korang masa awal2 scene mak Ah Meng berak dlm toilet...siap ada sound effect...hahaha...
pastu saya suka cara mak Ah Meng berhadapan dgn situasi toilet takde air, takde tisu tandas seme tu...dia gelak je takde nak marah2....ekekek...anggap mende tu kelakar padahal dlm ati sabar je lah...