CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup bermula malam Sabtu

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:15 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Sebahagian laluan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua, dari arah Batu Maung ke Batu Kawan akan ditutup pada malam Sabtu hingga awal pagi, Ahad ini.

Menurut kenyataan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), penutupan itu akan bermula pada pukul 9 malam, Sabtu hingga pukul 5 pagi, Ahad bagi memberi laluan kepada program Viper Bridge 2023.

“Walau bagaimanapun, laluan keluar dari Bandar Cassia (Plaza Tol C) ke Lebuh Raya Utara-Selatan dan laluan masuk ke pulau dari arah Batu Kawan ke Batu Maung (Plaza A dan B Bandar Cassia, dan Plaza JK2PP) adalah dibuka seperti biasa,” katanya di sini, hari ini.

Kenyataan itu berkata, laluan yang terjejas akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara tersebut.

“JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang
diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ermula-malam-sabtu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083689 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list