CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja kilang tak mengaku miliki bom buatan sendiri, pistol dan kerambit

[Copy link]
Post time 16-10-2023 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kilang tak mengaku miliki bom buatan sendiri, pistol dan kerambit


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 16, 2023 @ 1:07pm [email protected]




Bonny Anak Tigong, 32, diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan mengikut Seksyen 7 (1) (a) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960. - Foto NSTP/ Danial Saad




BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memiliki bahan letupan sendiri (IED) dan sepucuk pistol tiruan tanpa kebenaran, pada 8 Oktober lalu.

Tertuduh, Bonny Anak Tigong, 32 membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memiliki IED dan sepucuk pistol tiruan jenis kayu tanpa kebenaran yang sah.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Flat Taman Pandan, Mak Mandin, di sini pada 8 Oktober lalu, antara jam 6.30 petang dan 7.35 malam.

Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 36 Akta Senjata 1960 jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sebilah kerambit bersama sarung tanpa tujuan yang sah di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma' 'Amira Shahidani dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan dan kes akan disebut semula pada 16 November depan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas meletupkan bom buatan sendiri berhampiran mesin basuh jirannya di flat terbabit.

Perbuatan itu dilakukan berikutan suspek berang dengan jirannya yang dikatakan kerap batuk setiap kali dia melalui kaki lima ke rumahnya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.038421 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list