View: 11387|Reply: 15
|
Sertai Perhimpunan Aman, Auntie Purple Terkilan Disuruh ‘Duduk Rumah Je’
[Copy link]
|
|
Pempengaruh, Auntie Purple tampil membidas komen seorang individu yang memperlekeh tindakannya menyertai himpunan aman di Masjid Negara di ibu negara.
Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok Auntie Purple, seorang pengguna media sosial menuduh wanita tersebut sebagai ‘batak’ (sangat terdesak), dipercayai untuk meraih perhatian apabila menyertai himpunan tersebut yang dianjurkan pada Jumaat.
“Duduk rumah je kak. Tak payah batak-batak nak join,” demikian komen netizen tersebut yang sudah menukarkan akaunnya kepada mod privasi.
Terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 45, kemudian memuat naik video bagi membalas komen tersebut.
“Saya jarang nak marah, tapi geram betul dengan sikap awak ini (netizen). Suka hati sayalah, saya bukannya minta duit awak untuk tambang LRT (tren).
“Saya nak join solidariti saja... suruh kita duduk diam-diam dekat rumah,” jawabnya.
Auntie Purple kemudian menghalakan kameranya lalu menunjukkan seorang lelaki berbangsa India turut hadir dengan harapan dapat membuka mata mereka yang mempertikaikan tindakannya menyertai perhimpunan.
“Uncle ini bukannya Islam, tetapi dia datang sini sampai habis (selesai) untuk ‘support’ (sokong) Palestin.
“Awak tak nak datang tak apa. Yang berpanasnya auntie, berpeluhnya saya. Kenapa awak sakit hati?
“Kita tak nak berhimpun, sokong, tunjuk solidariti tapi cukuplah kita ambil tahu. Bila orang lain tunjuk solidariti, kita jangan pula tunjuk ‘mereng’. Tak mahu macam tu, tak baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, wanita ini turut berpesan kepada orang ramai supaya menjaga kata-kata dan adab daripada menyakiti orang lain.
Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen menyokong Auntie Purple di video klip tersebut.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu baru ikhlas di mata netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Apa faedah?
Zoinis akan letak senjata ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik jelah untuk tujuan promotion, manatao ramai xtao ada event2 gini
|
|
|
|
|
|
|
|
auntie purple ni retis ke yg bole masuk bod ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols pun buat video..skrg semua benda nak buat video..takde masalah pun..biar la dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
kuat meroyan jugak eh makcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
hidet replied at 16-10-2023 11:41 AM
kalau iols pun buat video..skrg semua benda nak buat video..takde masalah pun..biar la dia..
Kalau macam tu, mental kena bersedia. Jangan cepat melatah |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang tak paham netijen, orang tak share kau question kau cakap tak cakna blabla, orang join benda aman2 camni pulak korang kata suruh duduk rumah. This day and age siapa saje yg takkan share video/pics kalau pergi event2 camni? Takde salahnya pun. Biarlah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka auntie purple ni..content tak mengarut..apa salahnya spread awareness utk beri tekanan pada pemimpin2 dunia..jgn dok diam goyang teloq saja |
|
|
|
|
|
|
|
tunjuk sokongan salah, tak buat salah…haihh susahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sorang dua netizen je cakap, abaikan je lah. Bagi aku memang tak salah pun buat video, share ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
netizen ni memang macam babi, bila influencer tak share pasal palestine marah, bila join kutuk. netizen babi, netizen babi, netizen babi. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun "pempengaruh" harus la update.. |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...
Para influencer di mesia ni kena rakam & sebar pasal sokong palestin.... nnt nerakazen kata x spread awareness, serang & unfollow lak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|