CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6569|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jemaah solat Jumaat bersolidariti dengan rakyat Palestin

[Copy link]
Post time 13-10-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Jemaah solat Jumaat bersolidariti dengan rakyat Palestin


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 13, 2023 @ 3:16pm [email protected]




Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bersama jemaah Masjid Negeri Pulau Pinang ketika menghadiri Himpunan Solidariti Untuk Palestin selepas selesai solat Jumaat dan solat sunat hajat, di sini- Foto NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Jemaah di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini, mengadakan Himpunan Solidariti untuk Palestin di perkarangan masjid berkenaan selepas selesai solat Jumaat, hari ini.

Himpunan berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Himpunan berlangsung aman dengan dihadiri lebih 200 peserta yang turut membawa bendera Malaysia dan Palestin.

Terdahulu, turut diadakan solat hajat selepas solat Jumaat bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Palestin.

Imam Besar masjid negeri, Datuk Mohd Nordin Samah juga sebak ketika membaca doa yang memohon keselamatan serta keamanan buat rakyat Palestin.

Sementara itu Mohamad berkata, himpunan itu adalah tanda rakyat Malaysia menyokong perjuangan Palestin bagi membebaskan negaranya.

"Kami membantah sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan, kekejaman dan kezaliman berterusan yang tidak bertanggungjawab.

" Ia juga menyebabkan kemusnahan harta benda serta kehilangan banyak nyawa.

"Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah menjadi lambang solidariti berpanjangan umat Islam bagi keamanan Palestin," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list