CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4123|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tangkap ikan di kawasan larangan, lima nelayan Myanmar ditahan

[Copy link]
Post time 13-10-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Tangkap ikan di kawasan larangan, lima nelayan Myanmar ditahan

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
   13 Oktober 2023    12:29pm








Lima nelayan asing ditahan pada tengah hari Khamis kerana menangkap ikan di kawasan larangan.



GEORGE TOWN - Padah menangkap ikan di kawasan larangan, lima nelayan warga Myanmar ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada tengah hari, Khamis.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, pihaknya telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 13.3 batu nautika barat Pulau Kendi.



Menurutnya, ketika melakukn rondaan dalam operasi, Kapal Maritim (KM) Sikuati telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang menangkap ikan di kedudukan tersebut.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati lima nelayan termasuk tekong warga Myanmar berusia lingkungan 28 hingga 49 tahun berada di dalam bot berkenaan.



"Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Kata beliau, dua daripda mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.


"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.


"Bot dan nelayan telah diserahkan kepada pegawai siasatan Maritim Pulau Pinang malam tadi untuk tindakan lanjut," katanya.


sumber



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.154023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list