View: 2008|Reply: 0
|
[Selangor]
Dipaksa bayar RM10,401 dalam tempoh sehari
[Copy link]
|
|
HIASAN.
Kajang: Mahu pinjam SGD450 (dolar Singapura) atau RM1,560 tetapi didesak membayar SGD3,000 atau RM10,401 dalam tempoh sehari.
Itu nasib menimpa seorang lelaki yang terpedaya dengan sindiket pinjaman wang haram atau Along didakwa dari Singapura.
Menceritakan semula kejadian itu, Lee, 22, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai emas di Singapura memaklumkan dia melihat iklan di Facebook mengenai tawaran pinjaman pada 22 September lalu.
"Saya baru bekerja di sana (Singapura) selama lapan bulan. Pada awalnya, saya berhasrat untuk pinjam SGD450 (RM1,560) untuk menampung kehidupan saya di sana.
"Selepas menekan pautan iklan itu, saya dihubungi individu didakwa sebagai ejen syarikat berkenaan yang meminta maklumat diri seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan nombor telefon ahli keluarga iaitu ibu saya untuk membuat semakan jumlah had pinjaman.
"Tanpa ada sebarang borang atau perjanjian, individu itu menghubungi saya memaklumkan pihaknya sudah memasukkan wang SGD450 itu ke dalam akaun saya pada keesokan harinya (23 September)," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di pejabat DAPSY Selangor, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Biro Aduan Awam DAPSY Selangor Lee Wee Bin dan Timbalannya Aw Wai Kit.
Lee berkata, selepas memasukkan wang berkenaan, ejen memberitahunya supaya membuat bayaran semula sebanyak SGD3,000 (RM10,401) dalam tempoh sehari.
"Saya kemudian memaklumkan tidak mahu membuat pinjaman itu dan memulangkan semula wang SGD450 namun mereka mula mengugut supaya membayar sebanyak SDG3,000.
"Malah, mereka juga menghubungi ibu saya dan mengugutnya dengan menghantar video rumah yang dibakar serta rumah disimbah cat merah," katanya.
Menurutnya, apabila dia enggan melayan permintaan pembayaran semula itu, mereka mengupah orang menyimbah cat merah di rumah ibunya di Bandar Teknologi Kajang pada 7 Oktober lalu.
"Susulan kejadian itu, saya membuat laporan polis di Kajang dan Singapura berhubung kejadian berkenaan.
"Kini saya dan ibu hidup dalam keadaan ketakutan dan trauma meskipun sudah tidak berhutang lagi dengan mereka kerana bimbang perkara lebih buruk akan berlaku," katanya.
Sementara itu, Wee Bin berkata, pihaknya menerima 15 aduan berhubung pinjaman dengan Along didakwa dari Singapura bagi tempoh 1 Januari lalu hingga hari ini.
"Kebanyakan mangsa tampil membuat aduan kepada kami adalah individu bekerja di Singapura yang mahu membuat pinjaman atau secara tidak sengaja menekan pautan iklan di media sosial.
"Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam wang menerusi iklan di media sosial dan tidak memberi maklumat diri kepada pihak ketiga kerana ia berpotensi mendorong mangsa terjebak sebagai keldai akaun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-tempoh-sehari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|