CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 0

[Selangor] Kes pencemaran Sungai Langat, bekalan pulih sediakala

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Shah Alam: Status pemulihan bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas akibat henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor kelmarin, pulih sepenuhnya tengah malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Dalam perkembangan berasingan, status pemulihan bekalan air susulan kerja penambahbaikan LRA Sungai Langat pula mencapai 33.92 peratus, setakat jam 6 pagi tadi.

Air Selangor berkata, ketika ini bekalan air terawat bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Maklumat juga boleh diperolehi dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau menghubungi talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-pulih-sediakala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list