CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 0

[Melaka] Jerebu: Tempahan hotel di Melaka tidak terjejas

[Copy link]
Post time 12-10-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN Hotel AMES, Ayer Keroh, Melaka bertugas seperti biasa walaupun IPU mencatat bacaan tidak sihat melebihi 100 sejak kebelakangan ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP



MELAKA: Tempahan sebahagian besar hotel di negeri ini tidak terjejas walaupun indeks pencemaran udara (IPU) di Melaka terutama Bukit Rambai menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 154, setakat pukul 1 tengah hari semalam.

Situasi itu tidak menyebabkan pelancong domestik membatalkan tempahan hotel yang dibuat melainkan pihak pengurusan tidak menggalakkan sebarang aktiviti luar diadakan khususnya bagi mereka yang datang berkumpulan.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel AMES, Nurashiken Zainal Abidin berkata, tidak ada pelanggan membatalkan atau menunda tempahan disebabkan Melaka adalah antara negeri yang mencatatkan IPU melebihi 100.

Menurutnya, dalam tempoh minggu lalu, daripada 290 bilik keseluruhan, sebanyak 90 peratus habis ditempah dan pada minggu ini hampir ke semua bilik dijangka penuh.

“Setakat ini, jerebu yang melanda negeri ini tidak langsung menjejaskan tempahan hotel sejak minggu lepas dan minggu akan datang.

“Tidak ada pelanggan membatalkan tempahan disebabkan IPU di Melaka melebihi bacaan 100, ada yang batalkan tempahan di saat-saat akhir disebabkan atas faktor lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Nurashiken, pihaknya tidak menggalakkan sebarang aktiviti luar hotel diadakan khususnya bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan.

Dalam pada itu, Pengurus Amverton Heritage Resort, Mohd. Noorizan Mohd. Yunus berkata, jerebu menyebabkan tempahan membabitkan 80 pelajar dari Singapura ditunda minggu ini.

“Sepatutnya, pelajar terbabit memasuki resort Isnin lalu tetapi disebabkan IPU mencatatkan pada 153 Isnin lalu, maka, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menunda ke tarikh baru,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Hotel Hatten, Chuck Kassim berkata, jerebu yang melanda setakat ini tidak menjejaskan tempahan bilik sejak dua minggu lalu.

“Cuma, kami mengalakkan setiap pelanggan memakai pelitup muka jika berada di luar hotel sebagai langkah berjaga-jaga jika kualiti udara tidak sihat,” katanya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... aka-tidak-terjejas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.347847 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list