CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 607|Reply: 0

[Perak] Dari rahim, sehingga ke liang lahad pun bersama-sama

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Siti Masyitah menunjukkan gambar anak kembarnya, Shahidah (hadapan, duduk kanan) dan Zuhaida (hadapan, duduk dua kanan) yang maut dalam nahas di Jalan Kampung Gajah- Tanjung Tualang, dekat Kampung Changkat Rambai, semalam. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Pasir Salak: "Mak cik baru balik daripada umrah, tiba-tiba dapat berita dua anak kembar mak cik dah pergi selamanya. Orang boleh nasihat sabar, tapi kita yang menanggung perasaan sedih hilang dua anak," luah Siti Masyitah Talkah, ibu kepada pasangan kembar yang maut akibat terbabit nahas di Jalan Kampung Gajah - Tanjung Tualang, dekat Kampung Changkat Rambai, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, Nur Zuhaida dan adiknya, Nur Shahidah Abdull Karim, masing-masing 33 tahun, maut akibat parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Siti Masyitah, 71, berkata., dia baru sahaja tiba ke tanah air kelmarin.

Semasa kejadian, ibu kepada sembilan anak itu berada di rumah anak keduanya, Zalifah Abdull Karim di Banting, Selangor untuk berehat sebelum bercadang pulang ke kediaman di Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Katanya, berita kematian anak ketujuh dan kelapannya itu disampaikan oleh jiran melalui panggilan telefon kira-kira 12 tengah hari, semalam.

"Ya Allah, tak tahu nak cakap perasaan ketika itu. Hendak menjerit, tapi kita tak sanggup.

"Jiran yang menelefon nasihatkan jangan (meraung kerana dilarang dalam Islam), kita serah kepada Allah. Memang orang cakap senang, tapi yang menanggung perasaan itu kita.

"Terus mak cik dan anak menantu bergegas balik ke Perak. Mak cik nak tengok wajah dua anak kembar buat kali terakhir," katanya sayu semasa ditemui di kediaman mereka di Felcra Seberang Perak di sini, malam tadi.

Siti Masyitah berkata, kembar yang amat rapat itu sebenarnya dalam perjalanan pulang dari klinik pakar kulit di Tanjung Tualang menuju ke rumah.

Jelasnya, dia tidak menyangka perbualan telefon bersama Nur Shahidah awal pagi semalam yang mengadu sakit kulit adalah kali terakhir dia dapat mendengar suara anaknya itu.

"Pagi tadi (semalam) Shahidah telefon makcik, dia menangis. Saya tanya kenapa nangis? 'Kita tak sihat la ibu'. Tak sihat pergi klinik. Dia panggil 'ibu... ibu'. Sayu rasanya.

"Dia menunggu kakaknya, Zuhaida belum balik dari kerja syif malam. Dua-duanya rapat dari kecil, hingga bekerja di kilang sarung tangan getah di Lekir pun bersama-sama. Cuma Zuhaida... syif malam, Shahidah... syif pagi.

"Rupa-rupanya, Allah takdirkan akrab mereka dari rahim bersama, sehingga liang lahad pun mereka pergi bersama," katanya tidak mampu menahan air mata.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ad-pun-bersama-sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059958 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list