View: 3407|Reply: 18
|
Kereta wajib ada beg udara 2012
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 22-1-2011 05:56
Kereta wajib ada beg udara 2012
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
[email protected]
RANTAU PANJANG 21 Jan. – Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.
“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.
Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.
*****baguslah harap jgn naiik harga sudah...hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
sesuatu yg sgt bagus...bag udara (airbag) ni penting utk keselamatan tapi bukan jaminan utk terselamat. Sepatutnya dah lama jadi aksesori wajib pada kereta2 Malaysia...ini tak, yang jadi aksesori wajib ialah radio dgn floor mat |
|
|
|
|
|
|
|
keta Toyota VIOS J spec tu takde airbag kan |
|
|
|
|
|
|
|
sesuatu yg sgt bagus...bag udara (airbag) ni penting utk keselamatan tapi bukan jaminan utk terselam ...
zzcbr Post at 22-1-2011 05:57
ader satu lagi accessories wajib.. body stripe.. miahahhah |
|
|
|
|
|
|
|
ader satu lagi accessories wajib.. body stripe.. miahahhah
Fast-N-Furious Post at 22-1-2011 08:21 AM
yg ni kena ada...kalau tak ada kurang 20hp |
|
|
|
|
|
|
|
mycos...harga masih boleh kekal kalau swap airbag tu dgn aksoseri wajib sekarang such as radi ...
zzcbr Post at 22-1-2011 07:06
sokong cadangan abg zek, memang airbag tu lagi penting dr aksesori lain...keselamatan perlu diutamakan..... |
|
|
|
|
|
|
|
ader satu lagi accessories wajib.. body stripe.. miahahhah
Fast-N-Furious Post at 22-1-2011 07:21
.....kalo body stripe yg mudahkan org nampak kereta time malam apa salahnya....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
nk pasang pu duit juga ..sama la dgn kes pemasangan tali pinggang.. tu sepatutnya dr dulu lagi ..bukan sekarang baru nk suruh pasang... |
|
|
|
|
|
|
|
vendor buat airbag sudah mula bentang iklan jawatan kosong utk buat/jual airbag |
|
|
|
|
|
|
|
kereta lama tak wajib pasang.... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya setiap kereta ada airbag |
|
|
|
|
|
|
|
kereta lama tak wajib pasang....
mycos79 Post at 22-1-2011 18:05
kete lama tak wajib..
nie utk kete baru yg nak dijual |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by epal10 at 24-1-2011 16:48
Ok sangat kalau kereta2 baru wajib ada at least 1 airbag. Sekurang2nya adalah usaha utk kurangkan kadar kematian apabila berlaku kemalangan. Yang penting, pandu dengan berhemah dan berhati2 sbb kalau kete ada 10 airbags pun lum tentu selamat kalau berlanggar. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat air bag je.. EBD, ABS, BAS, bla bla bla sume tu kena ada gak... baru la betol2 safety.. melainkan driver tu sendiri yg tak safety... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# dragger
betul tu dragger, langkah pertama pasang airbag tu disokong...lama2 boleh bubuh abs...ebd gak sebagai standard... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# Fast-N-Furious
so....jom pakat beli kereta baru thn depan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dragger
betul tu dragger, langkah pertama pasang airbag tu disokong...lama2 boleh bubuh a ...
mycos79 Post at 24-1-2011 20:53
Automotif di negara Mesia agak ketinggalan... |
|
|
|
|
|
|
|
mentang2 yg pakai perodua ni makcik2 dan bebudak baru nak belajar hidup....
nyawa mereka murah jee
prrrtfhhhh
=================================
BEG UDARA: PERODUA MINTA TEMPOH
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meminta suatu tempoh kepada kerajaan sebelum melaksanakan pemasangan beg udara pada kenderaannya.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian secara terperinci khususnya dari segi teknikal dan kos pemasangan.
Sambil menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan itu, beliau berkata, kajian itu perlu terutama bagi model kereta yang berharga rendah iaitu di bawah RM30,000.
"Kita minta sedikit masa untuk menjayakan perancangan itu kerana perlu meneliti beberapa aspek seperti pemasangan terutama bagi kereta murah.
"Ini kerana pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM1,000 hingga RM3,000," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai arahan Kementerian Pengangkutan yang mewajibkan semua kenderaan termasuk kereta nasional memasang beg udara mulai tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengumumkan perkara itu semalam turut menyatakan persetujuan pengurusan Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perodua untuk menggunakan aksesori keselamatan berkenaan.
Katanya, pelaksanaan itu perlu bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.
Aminar Rashid berkata, pihaknya juga perlu meneliti soal pembiayaan pemasangan terutama bagi kereta berharga rendah sama ada ditanggung sepenuhnya oleh pengguna atau dibiayai pengeluar kenderaan.
Sementara itu, Aminar Rashid berkata, pengguna kenderaan Perodua yang masih belum memasang tali pinggang keledar belakang dialu-alukan untuk membuat pemasangan segera.
Menurutnya, tarikh akhir pemasangan tersebut adalah pada akhir tahun ini.
Sebelum ini kerajaan merancang menguatkuasakan peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang pada 1 Januari 2009 namun ditunda kepada Januari 2012. |
|
|
|
|
|
|
| |
|