View: 3182|Reply: 24
|
Palestin Dakwa Israel Guna Bom Fosforus
[Copy link]
|
|
Gaza: Agensi Anadolu melaporkan, Palestin pada Selasa lalu menuduh Israel menggunakan bom fosforus ketika pengeboman di kawasan berpenduduk di Semenanjung Gaza.
"Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa terhadap rakyat Palestin di kejiranan Karama di utara Gaza," kata Kementerian Luar di platform X.
Pengasas European Observatory for Human Rights, Rami Abdo, menyiarkan klip video di platform X yang didakwanya menunjukkan penggunaan bom fosforus oleh Israel.
Foto: AFP
"asukan tentera Israel menggunakan [bom] fosforus putih beracun di kawasan berpenduduk padat di barat laut Bandar Gaza," tulisnya.
Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York, Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia, sebelum ini memetik laporan mengenai dakwaan penggunaan bom fosforus putih oleh Israel di Gaza, semasa konflik pada masa lalu.
Penggunaan senjata fosforus putih untuk menghasilkan tabir asap dan melindungi pergerakan tentera diterima secara sah, tetapi Konvensyen Geneva 1980 melarang penggunaannya di kawasan yang padat dengan penduduk.
Tiada komen daripada Israel mengenai dakwaan itu.
Serangan mengejut pelbagai serampang ke atas Israel yang dilancarkan sebelum subuh pada Sabtu oleh Hamas menyebabkan ribuan terkorban di kedua-dua pihak.
Lebih 1,200 orang di Israel maut, selepas pejuang Hamas menyusup masuk ke komuniti selatan, sebelum mengheret 100 tebusan kembali ke Gaza.
Sebagai tindakan balas, Israel mengebom Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 900 orang terbunuh, setakat ini.
Dalam pada itu, AFP melaporkan Israel berkata, ia menawan semula kawasan di sempadan Gaza, dari Hamas, pada Selasa iaitu hari keempat pertempuran sengit.
Tentera berkata, pihaknya sebahagian besarnya menguasai semula kawasan selatan dan sempadan sekitar Gaza.
Tetapi, lewat Selasa, di bandar Ashkelon di selatan Israel, tentera yang disokong oleh helikopter dan dron berbalas tembakan dengan beberapa pejuang, menyebabkan tiga pejuang terbunuh, kata tentera.
INFO
APA ITU BOM FOSFORUS?
Fosforus putih - campuran fosforus putih dan getah - ialah bahan seperti lilin. Ia terbakar pada suhu 800 darjah Celsius dan menyala dengan spontan pada suhu 1,300 darjah Celsius, apabila ia terdedah kepada oksigen. Ia menghasilkan asap putih dan tebal. Oleh kerana ia adalah bahan seperti lilin, ia sangat sukar untuk dipadamkan dan sering menyala semula apabila pembalut ditanggalkan.
Menurut jurnal perubatan, yang dipetik oleh Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia, "fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan serius dan kematian apabila ia bersentuhan dengan kulit, terhidu atau ditelan." -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bom fosforus haram digunakan oleh negara2 lain selain israel. Kalau israel guna bom nuklear sekalipun, sekutu kuat dia termasuk UN sendiri akan halalkan atas nama 'mempertahankan diri'.
Dasar pembuli. Dah la pembuli, at the same time crybaby pulak tu. Ibarat budak kena cubit sikit dah melalak macam kena tikam sambil merengek bagitau mak ayah. What a loser! |
|
|
|
|
|
|
|
Kan yahudi dah bagi tau mereka akan merubah timur tengah dalam peperangan kali ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentera dajjal laknatullah! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slavehunter at 11-10-2023 06:48 PM
Dia buat takpe. Self defense katanye.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah, selamatkanlah palestin n penduduk islam disana. x sanggup rasa tgk diorg menderita. umat islam byk sgt ujian akhir2 ni diseluruh dunia termasuk dgn natural disasters mcm gempa bumi etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal nak doakan mereka Selamat? Sepatutnya doakan supaya mereka mati ..supaya mereka boleh mati syahid! Itu yang lebai bodoh mahukan. Hehehe.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Doa yg baik2 saja utk mereka. Kita tidak ada di tempat mereka. Semoga diberi kesabaran atas musibah yg menimpa dan sangat juang yg berterusan. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 teruk...sorry aku x kan menyebelahi sesapa...dua2 rakyat awam terkorban...bukan cara yg dibawa rasulullah |
|
|
|
|
|
|
|
Bom sana sini
Lepastu minta derma utk buat bom lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Israel memang hada sejarah guna bahan (senjat) terlarang masa perang.
Btw dua2 pun nak pertahankan civilians masing2.
Aiol tengok je la. Malas nak kecam sebab dua2 pun kalau baca atrocities meka lakukan kat orang awam, sama syaitan ja. |
|
|
|
|
|
|
|
negara Arab kan now dah bersatu ... so tengok la caner lawan dgn yahudi ... kat bumi Melayu ada tak matpit yg ada telor gi sana fight together, ada 72 bidadari tunggu beb |
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 14-10-2023 10:13 PM
negara Arab kan now dah bersatu ... so tengok la caner lawan dgn yahudi ... kat bumi Melayu ada ta ...
Melayu pun tengah bersatu....tapi erotik nye 10 tahun lagi dijangka lenyap |
|
|
|
|
|
|
|
Ai percaya jah. Secara teknikal diharamkan oleh UN tp ada jah negara yg pakai tatkala berperang. Arab Saudi pun pernah pakai bom fosforus yg di supply oleh US, ke atas Yemen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat celah mana pulak negara arab bersatu tu? Semua duk pakat tengok saja... Baik mesir, baik jordan, baik saudi... Yg sembang lebih si erdogan turkiye tu cuba tgk trade depa dgn israel tahun lepas aja lebih 6 billion... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg umat kita plak lagik la... Duk agung2 kan lah hamas tu... Depa yg enjoy having field day pi tembak zionist, zionist balas balik, rakyat marhaen gaza yg tadah bom dgn kepala... Boss2 hamas ni rilek aja kat qatar tgk al jazeera sambil minum kopi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|