CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2221|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan

[Copy link]
Post time 11-10-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan

11 Oktober 2023   02:54pm





Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.

Pegawai Pendidikan Dan Aktivis Anti Merokok CAP, N V Subbarow berkata, pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.


"Kebanyakan vaper dan perokok adalah kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas serta remaja berusia 13 tahun ke atas, malah hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape ini, kita sudah mempunyai tiga juta vaper, dan majoriti mereka adalah kanak-kanak dan pelajar," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.


Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list