CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2460|Reply: 0

[Perak] Sultan Nazrin titah tingkatkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, jangan mudah mengkafir sesama Islam

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah langkah meningkatkan kefahaman mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah usaha penting untuk memastikan keharmonian ummah terjamin, selain melengkapkan ummah dengan fahaman yang jelas agar lebih bersedia menghadapi ancaman kemunculan ajaran sesat dan aliran pemikiran janggal.

Baginda bertitah, ancaman ke atas pegangan ASWJ, hari ini dilakukan secara terang oleh musuh-musuh Islam di samping secara terselindung melalui gerakan-gerakan batiniah (kebatinan) tertentu serta tindak-tanduk individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru, dan seumpamanya.

"Namun pada hakikatnya, mereka membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar. Oleh itu ummah wajib berganding bahu memastikan pegangan ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati," titah baginda ketika perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis yang membincangkan topik "Memperkasa Ahli Sunah Wal Jamaah sebagai Firqah Najiah" itu adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.



Yang turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mewakili Menteri Besar; dan Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Majlis sama turut menyaksikan Sultan Nazrin berkenan melancarkan dua buku karya tulisan Wan Zahidi, yang berjudul 'Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah' dan buku 'Mengenal Kesesatan Syiah'.

Titah Sultan Nazrin lagi, pegangan ASWJ yang menjadi pegangan utama umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MFK) Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996, tidak dengan mudah mengkafirkan sesama Muslim.

"Di Malaysia, MFK membuat ketetapan bahawa umat Islam negara ini dikehendaki mengikut ajaran Islam berpaksikan ASWJ daripada segi akidah, syariah, dan akhlak; mentafsirkan hukum-hakam Islam berdasarkan sumber perundangan utama iaitu al-Quran, hadis, ijmak, dan qiyas; dan tidak dengan mudah mengkufurkan sesama Muslim.

"Akidah ASWJ disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya. Pegangan ini merupakan warisan jati diri umat Islam di negara ini sejak agama Islam mula bertapak di Tanah Melayu," titah baginda.

Titah baginda lagi, sepanjang sejarah manhaj ASWJ pendekatannya yang bersifat pertengahan dan seimbang, serta tidak bersifat keterlaluan atau ekstrem dengan menerima pendekatan nas dan akal dengan meletakkan nas mengatasi akal.

"ASWJ berpegang bahawa manusia dituntut berusaha dan berikhtiar, tetapi memahami bahawa Allah SWT yang menentukan hasil kejayaan dan pencapaian. Dalam amalan ASWJ akal diberikan ruang untuk berfikir dan membuat tafsiran malah takwilan yang tidak jauh dengan tuntutan nas, dan bukannya membuat tafsiran secara literal yang menampakkan Islam sebagai agama yang kaku dan tidak realistik," titah baginda.
https://www.bharian.com.my/berit ... dah-ahli-sunnah-wal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057310 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list