CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4,975 lokasi dikenal pasti sebagai hotspot banjir

[Copy link]
Post time 10-10-2023 06:14 PM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 4,975 lokasi di 79 zon yang menjadi ‘hotspot’ banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, lokasi-lokasi hotspot berkenaan dikenal pasti berdasarkan data-data kejadian banjir yang berlaku lima tahun sebelumnya.

”Persediaan banjir yang kita lakukan sekarang ialah kita kenalpasti 4,975
lokasi hotspot banjir dan kita telah memberi maklumat kepada balai-balai bomba di setiap zon dan negeri sebagai persediaan.

“Apa yang penting adalah bagaimana untuk kita koordinasi berkenaan logistik setempat agar kita dapat respond dengan lebih cepat ketika banjir berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis perasmian penutupan konvensyen pasukan bomba sukarela Zon Utara Tahun 2023 di sini, petang ini.

Menurutnya, pihak JBPM juga telah mengenal pasti tiga negeri di Semenanjung untuk menempatkan aset-aset udara dan air sebagai persediaan pihak bomba bertindak balas dengan lebih pantas ketika banjir.

“Bagi kawasan Pantai Timur, kita akan letakkan aset-aset bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di Terengganu.

“Bagi kawasan Utara aset air akan ditempatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda, manakala aset udara pula diletakkan di BBP di Bertam. Selain itu bagi kawasan Selatan, aset-aset bomba akan ditempatkan di BBP Ayer Itam, Johor,” katanya.

Tambahnya, pihak bomba juga dalam proses akhir untuk melengkapkan kemudahan jaringan aset udara jabatan berkenaan bagi memastikan mangsa banjir tidak terputus hubungan sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... gai-hotspot-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082231 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list