CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3157|Reply: 1

[Kedah] Harga belian padi masih dalam lingkungan harga lantai

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

SEKUMPULAN pesawah yang mengadakan bantahan secara aman bagi menggesa kerajaan campur tangan dalam isu pengilang menurunkan harga belian padi di Alor Janggus, Alor Setar.




ALOR SETAR: Isu harga belian padi di kilang yang jatuh mendadak daripada RM1,700 kepada RM1,200 bagi setiap tan tidak melibatkan sebarang kesalahan memandangkan harga terkini masih berada pada kadar harga lantai yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementeriannya bagaimanapun akan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap polemik itu kerana memahami masalah yang dihadapi para pesawah.

Namun, menurut beliau, sebarang penyelarasan terhadap harga belian padi perlu seiring dengan harga runcit yang dikenakan terhadap pengguna bagi mengelakkan kerugian kepada pihak pemborong dan pengilang pula.

“Memang sekarang (belian padi) mengikut harga pasaran dan harga lantai kita tetapkan RM1,200, jadi kalau kilang atau pemborong tawarkan pada harga lantai sebenarnya kita tak boleh cakap berlaku kesalahan kan?

“Sebelum ini pernah naik sehingga RM1,700, jadi jangkaan yang besar itu (petani) akan dapat pulangan yang tinggi. Kita akan lihat dari masa ke semasa dan kementerian sendiri sedang berbincang tentang isu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengetuai Pasukan Petugas Khas Op beras putih tempatan (BPT) di beberapa kilang di negeri ini, hari ini.

Terdahulu, para pesawah terutama dari negeri ini mengadakan bantahan aman sejak Sabtu lalu ekoran tindakan pengilang yang kembali membeli padi pada harga RM1,200 ke RM1,250 setiap tan berbanding RM1,700 sebelum ini.

Situasi itu didakwa mereka seolah-olah menindas para petani apabila golongan pesawah terhimpit dengan pelbagai kos mengerjakan sawah yang semakin meningkat.

Mengulas cadangan sesetengah pihak agar kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dinaikkan, Foong Hin berkata, kerajaan baru sahaja menaikkan kadar itu daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik pada Ogos lalu.

“Jadi saya rasa dalam masa terdekat ini untuk naikkan lagi (subsidi) bukan sesuatu yang senang, namun kita akan melihat daripada sudut yang lain untuk memuaskan hati semua pihak dan pihak berkepentingan dalam industri ini,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ungan-harga-lantai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:05 PM | Show all posts
tp harga beras tetap melambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054936 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list