CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 0

[Selangor] Gangguan bekalan air: Tumpahan minyak punya empat LRA henti tugas

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode

Anggota LUAS melakukan pengambilan dan pengujian sampel air yang tercemar di Sungai Selangor.

SHAH ALAM – Pencemaran bau yang menyebabkan henti tugas empat loji rawatan air (LRA) pagi tadi berpotensi akibat faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke Sungai Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan di beberapa kawasan antaranya lokasi pengorekan pasir, aktiviti pembangunan berhampiran dan Jambatan Sungai Sembah.

“Hasil siasatan dan pensampelan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti itu menunjukkan bacaan bau 0 ton dan tiada kesan minyak.

“Insiden itu berpotensi disebabkan faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke dalam Sungai Selangor. Bahan sampel dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi analisa lanjut,” katanya hari ini.

Terdahulu, empat LRA iaitu LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Kesemua LRA berkenaan bagaimanapun sudah mula kembali beroperasi pukul 4 pagi tadi.

Jelas Jamaliah, henti tugas dilaksanakan selepas LUAS menerima maklumat daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berhubung bau seakan diesel sehingga bacaan 3 ton yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang.

“Tindakan segera dilakukan dengan meletakkan oil boom di muka sauk dan mengaktifkan pelepasan air daripada HORAS 600.

“Kolam alternatif di Bestari Jaya sebanyak 590 juta liter sehari (JLH) ke Sungai Selangor juga dilepaskan bermula pukul 12 tengah malam bagi meningkatkan faktor pencairan (dilution factor) sungai,” ujarnya.

Tambah beliau, mitigasi pencemaran itu berjaya dilaksanakan segera hasil koordinasi dan tindakan pantas LUAS serta Air Selangor.

“LRA Rantau Panjang beroperasi semula pukul 2.30 pagi diikuti LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dengan tempoh henti tugas sementara tidak lebih empat jam.

“Siasatan susulan bagi mengenal pasti punca kejadian diteruskan dan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 79, Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, ” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... at-lra-henti-tugas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.097670 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list