View: 3616|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Gotong-royong bersih kawasan terjejas banjir
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/gotong_1696407715.jpg)
Gabungan Pilot Darat dan Bomba serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang terbabit melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan terjejas banjir di Baling. - Foto NSTP/Ihsan Bomba
BALING: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling melakukan aktiviti gotong-royong pembersihan di kawasan yang terjejas banjir bersama pelbagai agensi swasta dan kerajaan, semalam.
Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata operasi pembersihan itu dilakukan bersama BBP Kulim Hi-Tech dan Gabungan Pilot Darat Malaysia (GPDM), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Environment Idaman (E-Idaman), Majlis Daerah Baling (MDB) serta Majlis Perbandaran Kulim (MPK).
Beliau berkata, aktiviti pembersihan itu dilakukan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Khairiah, Kampung Hangus, Kampung Bukit Iboi dan Kampung Padang Empang yang ditenggelami air akibat banjir.
"Aktiviti pembersihan dilakukan bermula jam 9.30 pagi sehingga selesai.
"Ia membabitkan penggunaan jentera Bomba FRT, jentera tangki, jengkaut (14), lori (30), jentolak (lima), treler (lima) dan kekuatan keseluruhan yang terbabit adalah seramai 110.
"Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mempercepatkan operasi pembersihan kesan akibat banjir yang melanda minggu lalu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... san-terjejas-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|