CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3303|Reply: 0

[Pahang] Perlu masa laksana sekolah model khas B40, miskin tegar

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

FADHLINA ketika menghadiri sesi libat urus berkaitan hala tuju 12 sekolah di tiga gugusan Felda di Pelangai. FOTO Eizairi Shamsudin.

Bentong: Kementerian Pendidikan (KPM) memerlukan sedikit masa untuk melaksana sekolah model khas bagi golongan B40 dan miskin tegar di negara ini.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata model khas tersebut telah ada, namun perlu ditambah baik dalam memastikan ia dapat membantu melonjakkan pelajar daripada golongan sasar dalam bidang akademik dengan mengambil kira potensi dan bakat pelajar terlibat.

Beliau berkata sekolah model khas itu juga adalah tambahan kepada sekolah model khas sedia ada iaitu Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Komprehensif 11 (K11).

"Kita ada model khas K9 dan K11 dan kita sedang lihat satu lagi model khas yang telahpun ada tetapi kita kena tingkatkan, khususnya untuk segmen pelajar B40 dan mereka yang miskin tegar supaya kita dapat memberi tumpuan dan membantu melonjakkan anak-anak kita dalam bidang akademik dari segi potensi dan bakatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi libat urus berkaitan hala tuju 12 sekolah di tiga gugusan Felda di Pelangai yang merangkumi Felda Chemomoi, Felda Kemasul dan Felda Sungai Kemahal di sini hari ini.

Pada Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan, berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Fadhlina berkata KPM akan memastikan tiada anak-anak yang dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara dan segala perancangan dipastikan benar-benar memberikan manfaat kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM akan mengangkat saranan dan pandangan yang disampaikan dalam sesi libat urus seperti yang diadakan hari ini untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah dalam tanah rancangan Felda di seluruh negara.

"Kita akan cuba kumpulkan semua pandangan dan kita akan dapat ketahui kemahuan anak-anak akan diambil tindakan selepas dikumpulkan semua saranan dan pandangan oleh pihak Bahagian Dasar KPM," katanya.

Antara perkara yang telah dibangkitkan oleh wakil pelajar, ibu bapa dan guru pada sesi hari ini termasuk isu kekurangan bilik darjah, penyediaan kemudahan dan peralatan pembelajaran serta jaringan Internet di sekolah.

Menurut Fadhlina terdapat sejumlah 371 sekolah di kawasan Felda di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 269 adalah sekolah rendah manakala 102 adalah sekolah menengah, termasuk sebuah sekolah model khas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok di Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-b40-miskin-tegar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158592 Replies : 3886
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71195 Replies : 2927
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3878 Replies : 14
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.165068 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list