CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3271|Reply: 4

Murid Darjah Satu Trauma Datang Sekolah, Dipaksa Minum Air Kencing Pelajar Senior

[Copy link]
Post time 4-10-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Seorang murid darjah satu dipaksa minum air kencing pelajar senior.


Kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah rendah di  Buton di Sulawesi Tenggara, Indonesia itu melibatkan empat pelajar senior.


Bukan sekadar itu, mangsa juga diugut akan dipukul.


Foto: MNCTV




"Dia (mangsa) dipaksa minum (air kencing) kerana diugut akan dipukul," dakwa ibu mangsa, pada Selasa.


Kompas melaporkan, insiden berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama rakannya pada Rabu lalu, sebelum didatangi empat pelajar senior yang membawa bungkusan plastik berisi air minuman.


Selesai minum, pelajar senior berkenaan membuang air kecil ke dalam bungkusan plastik tersebut.


"Mereka paksa anak saya minum (air kencing), tapi dia tak mahu. Mereka kata kalau buang (bungkusan plastik air kencing), mereka akan pukul anak saya," ujarnya.


Akibat diugut, mangsa akhirnya minum air kencing tersebut.


Susulan kejadian itu, mangsa menjadi trauma sehingga tidak mahu ke sekolah kerana malu dan takut dibuli lagi.


Keluarga mangsa kemudian melaporkan perkara tersebut kepada Unit Pelaksana Teknikal Perlindungan Perempuan dan Anak (UPTD PPA) Buton. -CARI


Sumber: mStar/Kompas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 09:41 AM | Show all posts
jahatnya
kecik2 dah mcm setan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:46 AM | Show all posts
Edited by nolya at 4-10-2023 11:47 AM

Makin rosak akhlak generasi zmn skr ni, entah dari mana mereka blj buat perkara yg tak senonoh tu. Kes buli semakin menjadi2 di sana sini. Di Indsia pun, sering diberitakan kes buli yg sangat mengenaskan bahkan mencacatkan mangsa.  Makbapak dah hilang akal memantau perilaku anak2, maka anak2 menjadi liar di luar rumah.  Ada juga orang dewasa yg mencontohkannya.
Senang je, kalau hukuman setimpal tak dpt dijatuhkan kerana pelaku di bawah umur, suruh je mangsa tu kencing kemudian minta pelaku minum air kencing sbg balasan ape yg dia dah buat. Saksinya, hakim dn orang ramai.  Baru dia tau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:01 PM | Show all posts
harap pembuli tu terima hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:07 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.407750 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list