CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 0

[Terengganu] Struktur Empangan Kenyir sentiasa dipantau

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Empangan Kenyir, Hulu Terengganu selepas kejadian tanah runtuh pada Februari 2022 lalu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI



KUALA TERENGGANU: Pemantauan struktur Empangan Kenyir, Hulu Terengganu, dekat sini sentiasa dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menjamin keselamatan orang awam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja pembaikan cerun di empangan itu juga sedang dijalankan TNB.

Menurutnya, kerosakan yang berlaku di Stesen Kenyir, Empangan Kenyir  disebabkan kejadian tanah runtuh pada Februari 2022 yang lalu.

“Ia menyebabkan operasi stesen tersebut terhenti selama enam bulan.

“Namun, operasi penjanaan dan penghantaran telah dapat dipulihkan pada akhir Jun 2022 iaitu tiga bulan lebih awal dari jangkaan jadual bagi menstabilkan sistem grid nasional dan bekalan untuk negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melaporkan terdapat lapan empangan di seluruh negara dikenal pasti berisiko mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan fungsi dan strukturnya.

Lapan empangan itu ialah Empangan Muda dan Ahning di Kedah; Empangan Jor dan Mahang di Perak; Empangan Sultan Abu Bakar di Pahang; Empangan Babagon di Sabah; Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Kenyir di Terengganu.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, permohonan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan akibat banjir termasuk di cerun di Empangan Kenyir telah dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 April 2023.

“Pembaikan kerosakan jalan, cerun dan jambatan di seluruh negeri

Terengganu di bawah skop Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah berjumlah RM135.642 juta.  

“Pembaikian kerosakan infrastruktur pengairan dan saliran di seluruh Terengganu di bawah skop Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berjumlah RM62.705  juta. Sebahagian kerja-kerja pembaikian telah disiapkan dan akan diteruskan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -sentiasa-dipantau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 2.113333 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list