CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2934|Reply: 0

[Kedah] JPJ Kedah keluarkan lebih 10,000 saman

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim (kiri) melihat motosikal yang disita dalam operasi Khas Motosikal Tahun 2023 yang dilakukan bulan lalu. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan lebih 10,000 saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 di seluruh negeri ini sepanjang September lalu.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, selain itu pihaknya turut menyita 700 motosikal dengan separuh daripadanya iaitu 72 peratus ditunggang warga asing.

Beliau berkata secara keseluruhannya, sebanyak 47,106 motosikal diperiksa dengan 3,549 daripadanya dikenakan tindakan undang-undang termasuk saman.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 10,526 notis saman dikeluarkan. Sebanyak 700 motosikal disita dengan 507 daripadanya atau 72.4 peratus ditunggang oleh warga asing," katanya pada sidang media di Depoh Sita JPJ Kedah dekat Jalan Suka Menanti di sini, hari ini.

Aman Shah berkata, antara kesalahan utama yang dikesan pihaknya adalah tiada lesen memandu sah, tiada perlindungan insurans serta lesen kenderaan tamat tempoh.

Katanya, sebanyak 3,352 saman dikeluarkan kerana tiada lesen memandu sah manakala 2,080 lagi kerana tiada perlindungan insurans.

"Selain itu, 2,113 saman dikeluarkan kerana lesen kenderaan tamat dan 2,981 saman pula dikeluarkan kerana lain-lain kesalahan teknikal termasuk ubah suai kenderaan yang tidak dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya turut mengadakan sebanyak 111 program advokasi hingga September lalu membabitkan pelbagai kategori termasuk pemandu p-hailing, e-hailing, institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta, komuniti serta rakan strategik.

"Langkah itu menunjukkan JPJ Kedah sentiasa menekankan aspek pendidikan, kesedaran dan keselamatan jalan raya. Kami bukannya menghukum melalui tindakan penguatkuasaan semata-mata," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-lebih-10000-saman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.074451 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list