View: 4538|Reply: 12
|
Suami Isteri Setia Ziarah Kubur Anak Walau Berbeza Agama- Siap Bersihkan Kubur, Batu Nisan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menyaksikan satu pasangan suami isteri berbangsa Cina menziarahi pusara di tanah perkuburan Islam, dipercayai di Sarawak.
Menurut wanita berkenaan, ketika itu dia menziarahi pusara ibu bapanya.
Foto: FB
"agi tadi sewaktu kami menziarah kubur bapa dan mak. Terjumpa pasangan suami isteri berbangsa Cina menziarah salah satu kubur di sana.
"Kubur yang mereka lawat tu berjarak beberapa meter je dari kubur bapa dan mak. Saya nampak jelas apa yang mereka lakukan pada ketika itu," tulisnya di Facebook.
Kata wanita itu, pasangan suami isteri tersebut dilihat sedang membersihkan kawasan kubur, termasuk batu nisannya.
"Dicuci segala kotoran yang ada pada batu nisan menggunakan air mineral yang dibawa mereka.
"Selesai membersihkan kubur, mereka pun seolah berhenti bertafakur sekejap," ujarnya mengenai pasangan yang dipercayai berusia 70-an.
Tidak hanya memerhati, wanita tersebut menegur pasangan berkenaan dan terungkai sebab keberadaan mereka di tanah perkuburan.
"Apabila selesai, mereka memandang ke arah kami dengan senyuman. Dengan ringan hati kami bertanya, kubur anak ke? Mereka mengiyakan.
"asangan itu memaklumkan anak lelaki mereka masuk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu. Dia meninggal kerana sakit akibat kanser otak, empat tahun lalu," katanya lagi.
Mendengar cerita pasangan itu mengenai anak mereka menyentuh emosinya sehingga berjurai air mata.
"Demi kasih ayah dan ibu pada anak. Walaupun anaknya sudah berpindah agama, namun kasih mereka tiada penghujung. Satu pengajaran untuk kami pada hari itu.
"Kasih pada anak itu tiada syarat. Al-Fatihah buat arwah, anak kepada pasangan Cina tu," kata wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh dengan kisah yang dikongsikan itu.
"Sedihnya, mak ayah yang berdepan dengan pemergian anak. Tapi itulah kehidupan, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan.
"Kasih ibu ayah sampai ke syurga, tengok kubur arwah anak pun sudah tahu pasangan tu selalu datang, sangat bersih," kata sebahagian warga maya.
Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada larangan bagi orang bukan Islam daripada memasuki perkuburan orang Islam, lebih-lebih lagi jika mereka berniat baik dan tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan atau menghina maruah orang Islam.
Mereka juga dialu-alukan untuk datang jika untuk menziarahi kubur saudara-mara mereka, namun sebarang amalan ritual keagamaan bukan Islam adalah dilarang sama sekali.
Namun, petugas tanah perkuburan dan orang Islam perlu mengingatkan orang bukan Islam mengenai adab-adab yang perlu dijaga sewaktu berada di tanah perkuburan orang Islam. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungan anak-ibu bapa tak kira agama memanglah tak terputus |
|
|
|
|
|
|
|
G kubur aritu pon ada bdk2 India ni ramai2 dtg. Tny sape meninggal. Kata kawannya mati eksiden lama dh la. Tiap Kali hari jadi arwah dan hari kematian dorg ramai2 dtg melawat kubur.. meols jeles persahabatan dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jikalau berlaku sebaliknya? |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2023 05:32 PM
Jikalau berlaku sebaliknya?
I was wondering the same thing.
Kalo yg gini dipuji², kalo it's the other way around kna cerca dak?
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2023 05:32 PM
Jikalau berlaku sebaliknya?
kejam la dunia ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Kasih sayang ibu bapa melangkaui segala2nya. Apapun... No parent should ever have to outlive their child. Semoga ibu bapanya bertabah dengan pemergian anak mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
......aku ni sensitif bab2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Penah juga nampak sekumpulan anak India melawat tanah perkuburan Islam. Siap cakap melayu lagi sesama mereka. Tanya mualaf ke, diorang cakap kitorang melayu la bang.
p/s Abaikan kalau penah baca. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu, kasih dan ingatan pada anak. moga Allah rahmati Allahyarham anak mereka. pilu pulak rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu tak silap dekat forum jugak. Ada gambar perempuan pakai tudung di kubur cina melawat kubur parent atau saudara dia. Tak ada hal la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|