CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 0

Leipzig sedia malukan City

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

LEIPZIG kehilangan beberapa tonggak utama namun sudah menemui pengganti yang sesuai. FOTO AFP

Berlin: RB Leipzig akan berdepan penyandang gelaran Liga Juara-Juara, Manchester City pada hari Khamis, dengan mereka masih lagi membina semula pasukan dan membariskan pemain muda.

Kelab tetap Liga Juara-Juara itu yang baru sahaja memenangi Piala Jerman kedua berturut-turut, kehilangan empat pemain utama untuk tawaran lumayan pada musim panas, menggariskan tempat mereka dalam hierarki bola sepak Eropah - masih dilihat sebagai kelab kerdil.

Pertahanan tengah, Josko Gvardiol berpindah ke City, pemain tengah, Dominik Szoboszlai ke Liverpool dan penjaring terbanyak Christopher Nkunku ke Chelsea semuanya untuk yuran perpindahan yang besar, manakala Konrad Laimer menyertai musuh domestik, Bayern Munich secara percuma.

Bagi meneruskan kebolehan luar biasa mereka untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat muda, Leipzig membawa masuk beberapa pemain baharu dari seluruh Eropah, yang kebanyakannya sudah menyinar.

Rekod Leipzig setakat musim ini - tujuh kemenangan dan hanya satu kekalahan daripada sembilan perlawanan dalam semua pertandingan temasuk berdepan Bayern dua kali - menunjukkan pasukan yang dibina semula Marco Rose cepat serasi dan mungkin menjadi cabaran sebenar untuk City.

Leipzig menerima lebih daripada €240 juta (RM1.1 bilion) pada musim panas, kebanyakannya dilaburkan semula dengan segera mendapatkan pemain baharu.

Lois Openda, yang menjaringkan 21 gol untuk membantu Lens menamatkan hanya satu mata di belakang juara Paris Saint-Germain (PSG) dalam Ligue 1 musim lalu, menyertai kelab itu, begitu juga dengan pemain pinjaman PSG berusia 20 tahun, Xavi Simons.

Leipzig membawa masuk Castello Lukeba, 20, dari Lyon untuk menggantikan Gvardiol sebagai bek tengah, manakala pemain hebat Slovenia, Benjamin Sesko, 20, menyertai kelab saudara, Red Bull Salzburg.

Penambahan pemain, terutamanya bahagian serangan, dihidupkan dengan cepat di Leipzig.

Kebimbangan khusus kepada pengganti Nkunku, dengan penyerang Perancis itu menjaringkan 47 gol dan 43 bantuan jaringan dalam 119 perlawanan semasa berada di Saxony.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sedia-malukan-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.472873 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list