CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk gempar lelaki kurang siuman bakar bumbung masjid

[Copy link]
Post time 2-10-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar kebakaran yang berlaku di atas bumbung Masjid Bunohan, Tumpat, Kelantan tengah malam tadi.



TUMPAT: Penduduk di sekitar mukim Bunohan di sini gempar apabila seorang lelaki kurang siuman bertindak luar kawalan dengan membakar bumbung masjid di kawasan itu tengah malam tadi.

Bagaimanapun api yang dinyalakan lelaki berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam itu padam sendiri selepas hujan melanda kawasan berkenaan.

Siak masjid Ayub Awang Hamat, 66, berkata, kejadian itu diketahui selepas dimaklumkan oleh rakannya selepas melihat api dari arah bumbung masjid berkenaan.

“Bumbung masjid dalam proses pembaikan dan terdapat banyak kotak-kotak mozak di atas kerana kerja-kerja pemasangan masih belum selesai sepenuhnya.

“Bagaimanapun, lelaki itu telah naik ke atas bumbung dan kemudian bertindak membakar kotak-kotak yang terdapat di kawasan tersebut,” katanya ditemui Utusan Malaysia di Masjid Mukim Bunohan di Kampung Bunohan hari ini.



Ayub memberitahu, pihak masjid lega apabila kebakaran itu tidak merebak dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Katanya, lelaki itu cukup dikenali oleh para jemaah kerana sudah hampir setahun menumpang tidur di pekarangan masjid.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... kar-bumbung-masjid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.420635 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list