CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4804|Reply: 10

Jururawat Mati Ditikam Suami: Anak-Anak Tanya, "Mana Mama? Mama Tak Balik Kerja Lagi Ke?"

[Copy link]
Post time 2-10-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Kedua-dua anak jururawat yang maut ditikam suami sendiri di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis belum mengetahui kejadian sebenar yang menimpa  wanita itu.


Menurut kakak mangsa yang menjaga dua anak mangsa berusia lapan dan enam tahun itu ketika ini, mereka hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan.




Kakak mangsa menunjukkan gambar terakhirnya bersama Allahyarham, Foto: Kosmo




“Mereka belum tahu hal sebenar dan kami hanya akan beritahu apabila jenazah bawa pulang nanti. Anak sulung arwah ada tertanya-tanya juga, Mana mama? Mama tak balik kerja lagi kah?


“Mereka masih beranggapan mama mereka masih di tempat kerja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


Menurut wanita itu, dia bersama bapa, telah datang ke HSB awal pagi semalam untuk melakukan proses pengecaman mayat ke atas mangsa berusia 31 tahun sebelum proses bedah siasat.


Katanya, dia sekeluarga masih terkejut dengan tragedi yang menimpa anak kelima daripada enam beradik tersebut, namun reda dengan takdir itu malah sudah memaafkan suspek yang dianggap seperti keluarga sendiri itu.


“Berat nak cakap tentang perasaan kami sekeluarga sebab memang rasa ‘sakit’ tetapi kami sudah maafkan suaminya itu. Cuma kami minta kalau ada keputusan (mahkamah) nanti biarlah dia (suspek) diadili seadil-adilnya.


“Kami sudah reda apa yang menimpa arwah termasuk abah sendiri sudah reda,” katanya.


Akhbar semalam melaporkan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 01:23 PM | Show all posts
allahu sedih nya dengar ayat anak2 camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:24 PM | Show all posts
Mama dah takde, paknya for sure meringkuk kat penjara & kalau sabit kesalah ke tali gantung, apalah nasib 2 beradik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:30 PM | Show all posts
suami isap dadah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 04:18 PM | Show all posts
Dah la bapak tak function, mak lak meninggal. Allahu sedihnya. Tak pepasal jadi anak yatim. Semoga Allah melindungi kalian selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 04:45 PM | Show all posts
bapaknya penagih ke..?

kesian anak2 jadi mangsa....
bodoh punya bapak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ank2 ni dijaga sebaiknya oleh fmly arwah ibu mereka. sedihnya tpksa tipu bdk2. xtbyng mcm mna dorang nnti hnya akan dpt tahu & ttap wajah terakhir arwah ibu msa nk dkebumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
any42 replied at 2-10-2023 05:53 PM
semoga ank2 ni dijaga sebaiknya oleh fmly arwah ibu mereka. sedihnya tpksa tipu bdk2. xtbyng mcm mna ...

harap anak2 x trauma teruk bila tgk ibu jadi jenazah..sejujurnya, i x setuju pihak keluarga x bgtau awal..terus tunjuk dlm bentuk jenazah..kesian budak2 tu…dulu ada colleague iols citer, suami member dia meninggal tetiba..bapak arwah suami tu dpt tahu dulu, tapi tak maklumkan pd isteri arwah..bapak tu cuma bawak gi hospital,ke bilik mayat, pastu tunjuk jenazah suami..terkejut beruk isteri arwah tu smpi terkencing2..ye la, suami kuar umah dlm keadaan sihat..tetiba jadi jenazah..kesian giler kat isteri tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 2-10-2023 10:16 AM
harap anak2 x trauma teruk bila tgk ibu jadi jenazah..sejujurnya, i x setuju pihak keluarga x bgta ...

Motif buat gini? Dah tua pun tak reti handle konflik ka apa orang tua (FIL) tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-10-2023 06:17 PM
Motif buat gini? Dah tua pun tak reti handle konflik ka apa orang tua (FIL) tu.

itu la tu..agaknya tak reti nak sampaikan camne..takut isteri arwah tu meraung ke apa..tapi dgn cara tunjuk jenazah terus, lagi memburukkan keadaan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:10 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 1.069275 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list