CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5313|Reply: 0

[Kedah] 15 bongkah sarang kelulut bernilai RM7,500 musnah dilanda banjir

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

MASHITAH (kiri) dan suaminya, Rosni (dua dari kiri) melihat kayu balak yang hanyut dan dipotong untuk dijadikan bongkah sarang kelulut di Kampung Bukit Iboi, Kupang, Baling semalam.

BALING – Seorang mangsa banjir kerugian kira-kira RM7,500 apabila 15 bongkah sarang kelulut yang diusahakan musnah dalam kejadian banjir kilat di Kampung Bukit Iboi, di sini Rabu lalu.

Menurut Mashitah Ahmad, 49, kejadian terbaru ini merupakan kerugian ketiga akibat banjir de­ngan kejadian pertama berlaku ketika tragedi kepala air atau a­liran puing pada Julai tahun lalu diikuti banjir sekali lagi dalam tempoh terdekat.

“Tahun lalu, sebanyak 191 bongkah kelulut rosak dengan kerugian hampir RM200,000. Kali kedua pula rugi hampir RM15,000 apabila separuh daripada 80 bongkah dan sarang kelulut musnah.

“Kali ini, rugi lagi apabila 15 lagi bongkah sarang kelulut musnah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mashitah yang merupakan guru Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA) telah mengusahakan projek madu kelulut itu bersama suaminya sejak 10 tahun lalu sebagai pembekal dengan bekalan itu dihantar hampir ke seluruh negeri dengan meraih hasil jualan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan.


MASHITAH menunjukkan bongkah sarang kelulut yang dirosakkan akibat arus deras banjir kilat baru-baru ini.

Sementara itu, katanya, kejadian banjir kilat baru-baru ini turut menghanyutkan sebatang kayu balak ke pekarangan rumahnya.

Katanya, dia serta suami, Rosni Said, 54, dan anak-anak masih dalam keadaan trauma dengan kejadian limpahan air dengan arus deras serta membawa kayu balak berhampiran rumah mereka baru-baru ini.

“Kejadian banjir kilat malam Rabu lalu hampir sama dengan kejadian kepala air tahun lalu, banjir membawa lumpur dan kayu balak sehingga ke halaman rumah kami.

“Kali ini kami sempat melihat dengan lebih dekat apabila air sungai di belakang rumah melimpah halaman rumah sehingga paras pinggang membawa bersama sebatang kayu balak sepanjang kira-kira tujuh meter,” ujarnya.

Ujarnya, pegawai Jabatan Hutan telah datang ke rumahnya untuk melihat kayu balak itu untuk mengukur panjang dan lilitannya dan ia berkemungkinan jenis kayu setol.

“Kayu balak yang nilainya hampir RM1,000 ini tidak dipastikan berapa lama masa penebangannya kerana kulitnya telah reput dan mereka (Jabatan Hutan) telah melupuskannya.

“Mereka juga memberi keizinan kepada kami untuk mengambilnya dan kami bercadang membuat bongkah-bongkah kayu untuk sarang kelulut, rezeki buat kami untuk menggantikan 15 daripada 100 sarang kelulut yang rosak dan dihanyutkan air banjir,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... nah-dilanda-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048242 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list